Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Serah kepada proses undang-undang
Published on: Tuesday, July 01, 2025
Published on: Tue, Jul 01, 2025
Text Size:
Text:
Serah kepada proses undang-undang
Hajiji berkata Kerajaan Negeri GRS komited untuk memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.

“Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya. Kerajaan Negeri GRS tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Advertisement
Beliau mengulas mengenai Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi, yang didakwa atas pertuduhan rasuah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, pada Isnin.

Mengenai kedudukan mereka dalam kerajaan semasa, Ketua Menteri berkata beliau akan meneliti perkara itu dengan sebaiknya selepas menerima semua maklumat dan laporan yang berkaitan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri GRS komited untuk memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Andi, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, serta Dr Yusof yang merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, dituduh menerima wang daripada seorang individu bernama Dato Tei Jeinn Cheing sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan lesen mencarigali mineral bagi dua syarikat milik rakan niaga Tei.

Advertisement
Tei turut didakwa di mahkamah sama atas kesalahan memberi rasuah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here