Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki terjun sungai ditemui maut
Published on: Tuesday, July 01, 2025
Published on: Tue, Jul 01, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lelaki terjun sungai ditemui maut
Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam.
KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Kampung Bilit, Sukau, Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zulkarnain Yusuf dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Advertisement
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Hairi Utoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kampung Sukau pada jam 9:12 pagi, memaklumkan kejadian melibatkan seorang lelaki yang dilihat terjun ke sungai pada sekitar jam 6 pagi Sabtu.

Pasukan bomba segera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 60 kilometer dan tiba pada jam 10:20 pagi.  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara pencarian permukaan sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada jam 9:45 malam Ahad, Bilik Kawalan BBP Kinabatangan menerima maklumat daripada orang awam bahawa mayat mangsa telah ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Bilit.  

Pasukan bomba bergerak ke lokasi dan membantu mengangkat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here