Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penyenaraian Regatta Lepa dalam kalendar pelancongan dapat promosikan budaya Bajau
Published on: Tuesday, July 01, 2025
Published on: Tue, Jul 01, 2025
Text Size:
Text:
Penyenaraian Regatta Lepa dalam kalendar pelancongan dapat promosikan budaya Bajau
LIEW (ketiga dari kiri) menyampaikan hadiah dan sijil kepada Sa’adillah (ketiga dari kanan).
SEMPORNA: Pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau di Sabah, iaitu Regatta Lepa yang kini tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri tahun ini, mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong sekali gus merasai kemeriahan acara itu yang menampilkan pelbagai bot tradisional berwarna-warni.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata menerusi Regatta Lepa, Sabah dapat memperkenalkan keindahan budaya masyarakat Bajau dan usaha pemeliharaan warisan maritim kepada para pelancong dari seluruh dunia.

Advertisement
“Lebih istimewa, tahun ini ialah kali ke-30 pesta Regatta Lepa Semporna dianjurkan sekali gus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam memartabatkan warisan budaya mereka,” katanya pada majlis penutupan Regatta Lepa Semporna di Padang Bandaran, di sini malam Ahad lepas.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Christina Liew.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya, justeru usaha memartabatkan khazanah budaya dan warisan etnik adalah antara elemen utama yang menjadikan negeri ini produk pelancongan yang popular.

“Rakyat Sabah terdiri daripada 35 kumpulan etnik yang masing-masing mempunyai budaya, bahasa dan perayaan tersendiri … menjadikan Sabah sebagai satu daripada destinasi pelancongan pilihan, sama ada bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.

Advertisement
Regatta Lepa Semporna yang diadakan selama dua hari bermula pada Sabtu lepas turut menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti perarakan lepa tradisi, pengibaran Sambulayang, pemilihan Ratu Lepa dan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa.

Hajiji dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran acara Igalthon yang menyaksikan persembahan tarian tradisional Bajau dikenali sebagai Igal-Igal berlangsung selama satu jam tanpa henti melibatkan penari daripada pelbagai kumpulan budaya dan komuniti.

Advertisement
Beliau berkata acara itu dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan tarian Igal-Igal terpanjang, pada 21 Jun lepas. 

Pada acara itu, pengarah pertama Institut Latihan Awam Negeri Sabah (Insan) Datuk Dr Sa’adillah Abdillah, 68, dinobatkan sebagai Tokoh Regatta Lepa tahun ini dalam Majlis Penutupan Regatta Lepa Semporna 2025.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here