Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sokong agenda kerajaan tingkat pembangunan luar bandar
Published on: Tuesday, July 01, 2025
Published on: Tue, Jul 01, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sokong agenda kerajaan tingkat pembangunan luar bandar
Ghani (kanan) melancarkan Skuad Bermotor GASAK 17 Tulid, turut kelihatan Flovia(kedua dari kiri) dan Jehan (kiri).
SOOK: Rakyat digesa terus menyokong agenda pembangunan kerajaan negeri demi kesejahteraan komuniti luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Yassin berkata sokongan padu daripada rakyat amat penting dalam menjayakan pelbagai perancangan termasuklah pembangunan infrastruktur, pelancongan luar bandar dan pemerkasaan ekonomi setempat.

Advertisement
Katanya rakyat perlu terus berkerjasama, bertolenrasi dan juga memastikan  apapun tanggungjawab untuk kesinambungan pembangunan yang telah dirancang kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan  Bahagian, Pegerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tulid 2025 di Kampung Kuit Lanas baru-baru ini

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) agenda kerajaan negeri bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata malah turut memberi fokus kepada peningkatan taraf hidup, pendidikan dan penyediaan kemudahan asas bagi rakyat di pedalaman.

 

Advertisement
Beliau berkata melalui pelaksanaan dasar seperti Sabah Maju Jaya (SMJ) kawasan pedalaman termasuk Sook akan terus diberi keutamaan dari segi pembangunan holistik dan kebajikan rakyat.

Advertisement
Tambahnya selain pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam dibawah pelan SMJ kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai bantuan pendidikan bermulan dari sekolah rendah, menengah hingga ke pengajian tinggi.

Terdahulu Ghani melancarkan Skuad Bermotor GASAK 17 Gagasan Rakyat Tulid.

Turut hadir sama Adun Tulid Datuk Flovia Ng, Ketua Bahagian PBS Tulid Datuk Suman Yansabun dan Ketua Bahagian STAR Nabawan Jordan Ellron.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here