Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan buat kesimpulan awal. Malah ‘si pemberi’ membuat pengakuan tidak bersalah: Armizan
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jangan buat kesimpulan awal. Malah ‘si pemberi’ membuat pengakuan tidak bersalah: Armizan
Armizan turut mengingatkan bahawa ramai dalam kalangan pemimpin politik, sama ada di pihak pembangkang atau dalam Kerajaan Perpaduan sendiri, turut terpalit isu seumpamanya sebelum ini.
PAPAR: Pihak tertentu dingatkan supaya tidak membuat kesimpulan awal hingga menimbulkan spekulasi berat sebelah berhubung dakwaan rasuah terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan.

Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebaliknya bersikap terbuka dan menyerahkannya kepada proses perundangan.

Advertisement
Beliau turut mengingatkan bahawa ramai dalam kalangan pemimpin politik, sama ada di pihak pembangkang atau dalam Kerajaan Perpaduan sendiri, turut terpalit isu seumpamanya sebelum ini.

“Saya tidak berhajat untuk meminta mana-mana pihak berlaku adil kepada GRS, tetapi jangan pula kita memilih untuk memejam sebelah mata dan tidak melihat realiti di depan kita.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kalau sebut pasal isu dan tuduhan rasuah, banyak pemimpin daripada parti pembangkang dan parti dalam Kerajaan Perpaduan turut terheret tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ada yang sudah dibicarakan dan didapati tidak bersalah, ada yang telah dijatuhi hukuman, ada yang DNAA (dilepas tanpa dibebas), ada yang sedang dalam perbicaraan bertahun-tahun lamanya; kerap bertangguh perbicaraan pun ada.

Advertisement
“Dari segi ‘money trail’ rasuah yang didakwa pula, ada masuk akaun sendiri, akaun isteri, syarikat proksi dan ada juga dalam bentuk manfaat lain seperti aset tertentu,” katanya di sidang media Program Pelancaran Mural dan Kembara REDI Peringkat Borneo, di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yang menyifatkan skandal itu mampu mengubah landskap politik Sabah secara signifikan.

Advertisement
Mengulas lanjut, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, bagaimanapun, pemimpin GRS tidak pernah membuat secara komen terbuka atau rasmi terhadap pemimpin parti terlibat.

Ini kerana, katanya, GRS tidak cepat melatah untuk membuat sebarang perbandingan atau pun spekulasi sama ada secara terbuka atau rasmi, sebaliknya memilih membiarkan proses undang-undang menentukannya.

“Kita percaya dan hormat kepada proses udang-undang, sama ada siasatan pihak berkuasa mahupun sistem keadilan negara melalui mahkamah bahawa ‘seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’.

“Inilah sikap dan pendirian kami sebagaimana diperjelaskan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Bercakap mengenai kes perlombongan mineral yang dibawa ke mahkamah pada Isnin, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyifatkannya sebagai menarik.

Jelasnya, ini kerana individu yang sebelumnya berbicara secara terbuka bahawa dia memberi imbuhan berbentuk rasuah kepada ramai Adun, kini mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan disebutkan di mahkamah.

“Mengaku tidak bersalah di mahkamah bermakna individu ini memberitahu mahkamah dia sebenarnya tidak memberi rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak tidak membuat kesimpulan awal  bersandarkan persepsi, sentimen mahu pun laporan media sebelah pihak. 

“Jangan kita terikut-ikut memutuskan seseorang adalah penjenayah rasuah sebelum berakhirnya proses siasatan dan keadilan di mahkamah.

“Ini kerana persepsi tidak semestinya satu realiti, dan kita ada proses dan sistem perundangan,” tegasnya.

Pada Isnin, Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Adun Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu terhadap pertuduhan menerima rasuah RM350,000 berhubung permohonan lesen cari gali mineral di Sabah. Seorang ahli perniagaan, Albert Tei, yang didakwa memberi rasuah tersebut, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here