Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lebih 62,000 penerima STR di Sabah tiada akaun bank
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lebih 62,000 penerima STR di Sabah tiada akaun bank
LIM (berdiri, ketiga dari kanan) meninjau pemberian STR secara tunai di Dewan Serbaguna Beluran.
BELURAN: Seramai lebih 62,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Sabah masih belum mempunyai akaun bank, menurut data terkini Kementerian Kewangan. 

Keadaan ini mendorong Kerajaan untuk turun padang secara langsung ke kawasan pedalaman, termasuk Beluran, bagi memastikan bantuan tunai sampai kepada semua penerima yang layak.

Advertisement
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, ini merupakan antara usaha Kerajaan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) serta menyantuni rakyat secara langsung. 

“Ia juga mencerminkan prinsip Madani iaitu menyantuni, menyampaikan dan memastikan tiada yang tersisih,” katanya dalam lawatan kerja ke Beluran pada Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program ini turut melibatkan pembukaan akaun bank secara terus menerusi kehadiran Cawangan Bank Bergerak (CBB) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), yang menyediakan kemudahan perbankan komprehensif seperti deposit, pengeluaran dan nasihat kewangan tanpa perlu ke bandar.

Setakat ini, seramai 830,000 penerima STR direkodkan di Sabah, dengan 768,000 orang memiliki akaun bank. 

Advertisement
Dalam program tersebut, hampir 400 penerima tanpa akaun dari kawasan Beluran hadir untuk membuka akaun dan menerima bantuan.

Secara keseluruhan, sejumlah RM410 juta telah disalurkan kepada penerima STR di Sabah bagi Fasa 1 dan Fasa 2. Dua lagi fasa pembayaran dijadualkan pada Ogos dan November 2025.

Advertisement
Selain itu, Program STR turut dimeriahkan dengan Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan serta kerjasama rakan niaga Sara bagi membantu pembelian menggunakan MyKad.

Bagi program Sara pula, Sabah mencatatkan jumlah penerima seramai 506,000 orang, dengan nilai kelayakan tahunan sebanyak RM500 juta. 

“Menariknya, Sabah mencatat prestasi tertinggi penggunaan MyKad dalam pembelian di premis berdaftar, dengan 94% daripada penerima telah memulakan pembelian.

“Sehingga Jun 2025, lebih 4.8 juta daripada keseluruhan 5.4 juta penerima Sara telah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barang asas, menunjukkan kadar penggunaan sebanyak 90 peratus. Jumlah penerima Sara meningkat drastik dari 700,000 kepada 5.4 juta bermula April 2025,” katanya dalam ucapan. 

Kini terdapat hampir 4,000 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara termasuk lebih 430 premis di Sabah sahaja untuk menyokong akses lebih luas kepada program ini.

Mulai 1 Mei 2025, senarai barangan asas dalam program Sara turut diperluaskan, merangkumi produk kebersihan rumah seperti sabun, serbuk pencuci, pencuci pinggan dan lantai. Terdapat 14 kategori barangan yang diluluskan termasuk makanan asas, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Kadar bantuan maksimum Sara juga dinaikkan kepada RM2,100 setahun bagi 2025, berbanding RM1,200 tahun lalu. Kredit bulanan yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya sehingga 31 Disember 2025.

Secara keseluruhan, Lim berkata Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM13 bilion bagi STR dan Sara  jumlah tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai negara. 

“Ini hasil daripada reformasi fiskal yang dilaksanakan secara bertanggungjawab, bagi memastikan perkhidmatan berkualiti untuk rakyat.

“Sambutan hangat daripada penerima di Beluran menunjukkan keberkesanan pendekatan turun padang, dengan senyuman mereka menjadi bukti kehadiran kerajaan benar-benar dirasai,” tambahnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here