Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hospital Kota Marudu kini dilengkapi pengimbas MDCT
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Hospital Kota Marudu kini dilengkapi pengimbas MDCT
JAMES (empat, kanan), Dr Abd Kahar (tiga, kanan), Dr Lydiarita (empat, kiri) dan yang lain usai perasmian bangunan Jabatan Radiologi dan pelancaran MDCT Scanner.
KOTA MARUDU: Hospital Kota Marudu kini mempunyai bangunan Jabatan Radiologi dilengkapi mesin pengimbas Multidetector Computed Tomography (MDCT).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, ini merupakan satu penambahan penting kepada keupayaan hospital dalam menyediakan rawatan berkualiti tinggi untuk masyarakat.

Advertisement
James, yang juga Exco Kesihatan Negeri, berkata MDCT ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 192,598 penduduk di Kota Marudu, Pitas dan Kudat.

Katanya, kira-kira 1,500 hingga 1,800 pesakit setahun yang memerlukan imbasan CT dihantar ke hospital pakar di Kota Kinabalu dari tiga daerah tersebut, dan jumlah ini sentiasa meningkat setiap tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Teknologi ini akan mempercepat dan meningkatkan ketepatan diagnosis bagi membolehkan pesakit menerima rawatan lebih awal dan tepat, seterusnya menyumbang kepada peningkatan keberkesanan sistem kesihatan.

“Bangunan baharu Jabatan Radiologi yang dibuka hari ini (30 Jun) bukan sahaja menawarkan fasiliti lebih moden, tetapi juga menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk petugas kesihatan dan lebih selesa untuk pesakit.

Advertisement
“Peningkatan infrastruktur kesihatan seperti ini adalah bukti nyata bahawa kerajaan komited dalam memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat, tidak kira lokasi atau latar belakang.

“Pelaburan dalam teknologi moden seperti MDCT Scanner ini adalah langkah ke hadapan dalam menjadikan sistem kesihatan kita lebih mampan dan responsif terhadap keperluan semasa,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Jabatan Radiologi dan Pelancaran Peralatan MDCT Scanner di Hospital Kota Marudu, serta Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis kepada hospital-hospital kluster di kawasan utara Sabah, pada Isnin.

Advertisement
“Bagi Kluster Zon Kota Marudu, sebanyak lapan unit mesin hemodialisis telah diterima dan diagihkan, empat unit kepada Hospital Kudat manakala Hospital Kota Marudu dan Hospital Pitas masing-masing menerima dua unit.

“Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan rakyat Sabah, khususnya mereka yang tinggal di luar bandar, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan menyeluruh,” katanya.

Untuk rekod, melalui Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Sabah Sejahtera, sebanyak 100 unit mesin hemodialisis disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diagihkan ke hospital-hospital dan klinik di seluruh Sabah.

Beliau berkata, sumbangan tersebut bukan sahaja menambah kapasiti rawatan fasiliti kesihatan Sabah, malah ia memberi sinar harapan kepada pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis secara berkala.

“Dengan adanya penambahan mesin ini, kita berharap senarai menunggu akan dapat dikurangkan dan rawatan dapat diberikan dengan lebih cepat dan selesa.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Sabah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam aspek kesihatan, seperti yang digariskan dalam pelan pembangunan Sabah Maju Jaya.

“Kita sedar kos rawatan hemodialisis bukan sahaja tinggi, malah boleh membebankan pesakit dan keluarga mereka, khususnya di kawasan luar bandar. Justeru, sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan mereka, dan dalam masa yang sama, meningkatkan kualiti hidup pesakit yang terlibat.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Datuk Dr Abd Kahar Abd Asis, Pengarah Hospital Kota Marudu Dr Lydiarita M. Marajin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin, Adun Tandek, Datuk Hendrus Anding dan Pegawai Daerah Kota Marudu, Meirin Sugara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here