Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Dakwaan terhadap Jeffrey satu cubaan terancang’
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
‘Dakwaan terhadap Jeffrey satu cubaan terancang’
Jafery berkata dakwaan yang tular ketika ini mengaitkan presiden dengan dana politik melibatkan industri perlombongan di Sabah disifatkan hanya sebagai pertuduhan terhadapnya tanpa bukti.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan sekali lagi menjadi sasaran dakwaan tidak berasas yang dilihat sebagai cubaan terancang untuk menggugat perjuangan politik yang telah lama beliau bawa sejak era 80-an.

Pengerusi Tetap Star Labuan Jafery Jomion berkata dakwaan yang tular ketika ini mengaitkan presiden dengan dana politik melibatkan industri perlombongan di Sabah disifatkan hanya sebagai pertuduhan terhadapnya tanpa bukti.

Advertisement
“Ia hanya sebahagian daripada percaturan politik yang mahu melemahkan semangat perjuangan yang beliau pelopori.

“Presiden terus difitnah disaat kita bakal mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung kurang dari lima bulan lagi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas mengenai dakwaan Jeffrey antara enam pemimpin tertinggi yang dilaporkan sebuah portal didakwa terbabit dalam skandal rasuah melibatkan perlombongan di negeri ini.

Susulan dakwaan itu, Jafery yang juga bekas Ketua Bahagian Star Kapayan berkata, beliau di peringkat akar umbi sentiasa berdiri teguh di belakang presiden untuk terus berjuang.

Advertisement
“Beliau yakin Presiden sebagai pejuang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang tulen tidak mudah mengalah dalam apa juga tekanan dan kutukan dari pihak tertentu dan rakyat.

“Saya menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan beliau melalui permainan persepsi dan tuduhan yang belum dibuktikan secara sah. 

Advertisement
“Saya juga percaya rakyat Sabah secara keseluruhannya cukup bijak untuk menilai. 

“Mereka tahu suara yang tegas dan konsisten seperti Presiden kami adalah ancaman kepada sistem politik lama yang tidak lagi relevan. Maka tidak hairan jika usaha fitnah ini datang dari pelbagai penjuru,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang proses siasatan wajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang.

“Biar siasatan dijalankan tanpa campur tangan politik atau tekanan daripada mana-mana pihak termasuk media,” katanya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here