Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Guru didakwa cabul kanak-kanak  
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru didakwa cabul kanak-kanak  
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang guru sekolah rendah berusia 49 tahun didakwa melakukan penderaan seksual dan fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Mino Ersyah Arshad mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tujuh bulan itu dengan mencium bibirnya pada malam 18 Ogos 2024 di dalam kereta yang diletakkan di Kg Lokub, Sepanggar, di sini.  

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 30 Julai tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan Mino dibebaskan dengan jaminan RM15,000, deposit RM10,000 serta dua penjamin tempatan.

Mino juga diperintah melapor diri di balai polis terdekat, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim tampil untuk pendakwaan manakala Mino diwakili peguam Hamid Ismail.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here