Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki dibebas dengan bon berkelakuan baik
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki dibebas dengan bon berkelakuan baik
Kesalahan di bawah Seksyen 22(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Enakmen sama itu memperuntukkan denda sehingga RM75,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 24 tahun dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun kerana tidak memberikan penjagaan dan pengawasan yang munasabah terhadap kebajikan anjing peliharaannya, baka Siberian Husky.

Anjing itu dipukul dengan kejam oleh seorang lelaki berusia 70an yang turut didakwa dan dijatuhi hukuman sewajarnya, selepas anjing itu membunuh dua ekor ayam belanda dan bertindak dalam keadaan mempertahankan diri.

Advertisement
Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Brandon Tim Tony yang mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya.

Brandon dibebaskan dengan bon bernilai RM2,000 bersama seorang penjamin tempatan dan tanpa rekod sabitan jenayah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, dia juga diperintah menghadiri sesi latihan kesedaran kebajikan haiwan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah.

Brandon gagal memberikan penjagaan dan pengawasan yang munasabah terhadap kebajikan serta perlindungan anjingnya daripada kekejaman, pada jam 1.30 petang, 31 Disember 2024, di sebuah rumah di Taman Donggongon, Penampang.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 22(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Enakmen sama itu memperuntukkan denda sehingga RM75,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 14 April tahun ini, Brandon mengaku bersalah atas pertuduhan sama, namun pengakuannya ditolak selepas dia mempertikaikan fakta kes yang dibacakan kepadanya.

Advertisement
Pegawai Pendakwa dari DVS Francis Palikat memaklumkan mahkamah bahawa Brandon, melalui peguamnya, telah menghantar surat representasi kepada Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah bagi memohon agar anak guamnya dibebaskan dengan bon berkelakuan baik. 

Pihak pendakwaan turut mengesahkan bahawa representasi itu telah diterima.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Brandon mendapati anjing peliharaannya, seekor Siberian Husky jantan berusia empat tahun bernama Coby, hilang dari kawasan berpagar di rumahnya.

Pada kira-kira jam 1.30 petang, Brandon menemui anjingnya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah di kepala dan mulut, di kawasan berpagar di belakang sebuah rumah yang terletak kira-kira 50 hingga 60 meter dari rumahnya.

Ibu Brandon kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 4.41 petang hari sama, manakala pemilik rumah berkenaan, Yong Chen Fah, telah membuat laporan lebih awal pada kira-kira jam 2.41 petang.

Pemeriksaan tapak mendapati rumah Brandon mempunyai pagar yang cukup tinggi dan kukuh untuk menghalang anjingnya daripada melarikan diri. Tiada celah yang membolehkan anjing itu keluar dan pagar terbabit mempunyai mekanisme kunci yang sukar dibuka dari luar.

Bagaimanapun, pemilik tidak meletakkan papan tanda amaran “Awas Anjing” dan tidak menyediakan tali atau kolar yang sesuai untuk mengawal anjing ketika tiada di rumah. Rumah itu juga tidak dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, pemeriksaan ke atas kediaman Yong mendapati pagar di sekeliling kandang ayam belanda di belakang rumahnya tidak cukup tinggi atau kukuh, dengan celah besar yang membolehkan anjing itu masuk. Rumah terbabit juga tidak mempunyai sistem keselamatan seperti CCTV.

Semasa siasatan, Yong mengaku mencederakan anjing itu dengan membaling batu dan memukul kepalanya antara empat hingga lima kali menggunakan kayu selepas haiwan terbabit memasuki kawasan ternakan dan menyerang ayam belandanya.

Menurut pemeriksaan dan rawatan oleh doktor haiwan yang merawat anjing itu, haiwan berkenaan mengalami neuritis saraf optik pada mata kanan akibat kecederaan trauma.

Selain itu, anjing terbabit turut mengalami kecederaan di dahi, gigi geraham kiri patah serta ulser yang teruk pada mata kanan.

Anjing itu telah menjalani prosedur “pembaikan kornea” dan “flap kelopak mata ketiga” kerana mata kanannya telah pecah.

Kegagalan Brandon menjaga dan mengawasi anjing peliharaannya dengan baik menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan akibat kecuaian.

Brandon diwakili peguam Batholomew Jingulam.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Yong, seorang warga emas, didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah mencederakan anjing baka Siberian Husky yang memasuki kawasannya dan membunuh ayam belanda peliharaannya.

Dia telah membayar denda itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here