Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Buang Sayang juara Golf 6 Penjuru Pantai Manis
Published on: Wednesday, July 02, 2025
Published on: Wed, Jul 02, 2025
By: Rahim Matnin
Text Size:
Text:
Buang Sayang juara Golf 6 Penjuru Pantai Manis
SEMUA pasukan yang terlibat bergambar bersama.
Kota Kinabalu: Pasukan Buang Sayang muncul juara Kejohanan Golf 6 Penjuru Pantai Manis 2025 selepas menewaskan lima pasukan lain dalam pertandingan yang berlangsung penuh semangat kesukanan dan persahabatan.

Kejohanan tersebut berlangsung di Kelab Golf Nexus Karambunai, di sini pada Sabtu, dengan penganjuran bersama oleh Persatuan Pemain Golf Pantai Manis dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N29 Pantai Manis.

Advertisement
Kejohanan itu telah dipengerusikan oleh Hj Rahman Hj Latip Hj Awang Ameng, selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Pantai Manis.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Hj Pg Saifuddin Hj Pg Tahir@Datuk Ngian, Timbalan Ketua Bahagian PGRS Pantai Manis merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Naib Johan diraih oleh Benoni Team, manakala Kelanahan Team menduduki tempat ketiga.

Dalam pada itu, Rahman berkata penganjuran kejohanan tersebut bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pemain di samping mencungkil bakat pelapis dari Pantai Manis dalam sukan golf.

Advertisement
Sementara itu, Saifuddin menyifatkan kejohanan ini sebagai platform sesuai untuk mengasah bakat muda agar terus maju ke hadapan dalam arena sukan.

“Acara Ini juga adalah acara tahunan yang sering diadakan bagi kawasan DUN Pantai Manis”, tambah Saifudin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here