Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah lancar Pusat Kawalan Bencana pertama
Published on: Thursday, July 03, 2025
Published on: Thu, Jul 03, 2025
Text Size:
Text:
Sabah lancar Pusat Kawalan Bencana pertama
HAJIJI melakukan gimik pelancaran SDCC.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah melancarkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC), pusat pertama seumpamanya di Malaysia yang dibiayai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Dibangunkan secara bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), SDCC ini akan memastikan tindakan yang lebih pantas dan tersusun ketika berlakunya bencana,” kata Hajiji semasa majlis perasmian SDCC di Menara Kinabalu, dekat sini, Rabu.

Advertisement
Terletak di Tingkat 4, Blok A Menara Kinabalu, SDCC akan berfungsi sebagai platform bersepadu bagi menyelaras tindakan agensi keselamatan dan penyelamat, NGO serta badan penyelidikan semasa berlakunya bencana.

SDCC dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi terkini termasuk sistem persidangan video dan pangkalan data komprehensif untuk pengumpulan dan penganalisisan maklumat berkaitan bencana.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pusat bernilai RM750,000 itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif; Timbalan Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Datuk Ag Shahminan Ag Sahari selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri; dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Mohd Yusoff Samad.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here