Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Doulos Hope berlabuh buat julung kali di Labuan Liberty Wharf
Published on: Thursday, July 03, 2025
Published on: Thu, Jul 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Doulos Hope berlabuh buat julung kali di Labuan Liberty Wharf
KAPAL perpustakaan ini akan singgah hampir sebulan di Labuan. – fotoBERNAMA
LABUAN: Buat julung kali, kapal Doulos Hope yang juga dikenali sebagai perpustakaan terapung di Labuan Liberty Wharf pada 10.45 pagi Rabu dan akan berada di sini kira-kira sebulan.

Bermula hari ini (Khamis), orang ramai berpeluang menaiki kapal itu untuk menikmati pengalaman menarik sambil membelek pelbagai koleksi buku.

Advertisement
Perpustakaan terapung itu akan dibuka setiap hari dari 1 petang hingga 9 malam kecuali pada Isnin, untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

Labuan, satu daripada destinasi persinggahan dalam siri jelajah Doulos Hope, bertujuan mempromosikan literasi dan pertukaran budaya melalui penjualan buku pada harga berpatutan selain aktiviti komuniti atas kapal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 10 Julai dan kapal berkenaan akan berada di perairan Labuan hingga 27 Julai.

Doulos Hope dikendalikan oleh sebuah pertubuhan kebajikan dan diuruskan sukarelawan dari seluruh dunia, menawarkan ribuan judul buku merangkumi pelbagai topik termasuk pendidikan, pembangunan diri, kekeluargaan, dan keagamaan. 

Advertisement
Keluarga, pelajar dan pencinta buku di seluruh Labuan dipelawa untuk mengambil peluang mengunjungi kapal ini dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. 

Menurut kenyataan pengendali pelabuhan Megah Port Management Sdn Bhd, satu kawasan khas untuk menaikkan dan menurunkan penumpang telah disediakan di kawasan tempat letak kereta terbuka Dataran Labuan berhampiran Blue Wave.

Advertisement
Bayaran masuk ialah RM2, namun percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta warga emas berusia 65 tahun ke atas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here