Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih 22,000 peniaga berdaftar di bawah program ReDI: Armizan
Published on: Thursday, July 03, 2025
Published on: Thu, Jul 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lebih 22,000 peniaga berdaftar di bawah program ReDI: Armizan
Armizan berkata KPDN telah menganjurkan Kembara ReDI selama 10 hari bermula 26 Jun dengan lokasi pertama di Sematan, Sarawak dan dijadual berakhir pada 5 Julai di Tawau, Sabah.
PAPAR: Sebanyak 22,368 peniaga di seluruh negara telah berdaftar di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) sejak ia dilancarkan pada Ogos 2022 hingga Mei tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata jumlah berkenaan melebihi sasaran 15,000 peniaga seperti yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Advertisement
“Dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini pula, sebanyak 3,229 peniaga di seluruh negara berdaftar di bawah ReDI. Daripada jumlah itu, Sabah merekodkan 1,120 peniaga dan Sarawak (1,799),” katanya selepas Majlis Pelepasan Program Kembara ReDI peringkat Zon Sabah di sini, Selasa.

Armizan berkata KPDN telah menganjurkan Kembara ReDI selama 10 hari bermula 26 Jun dengan lokasi pertama di Sematan, Sarawak dan dijadual berakhir pada 5 Julai di Tawau, Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata penganjuran Kembara ReDI Borneo 2025 merupakan langkah proaktif KPDN dalam usaha memberi pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital.

“Fokus utama adalah penggunaan kemudahan e-dompet dalam urusan pembelian dan mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai di seluruh negara termasuk di luar bandar.

Advertisement
“ReDI menawarkan pengurusan kewangan yang efisien, peluang perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan juga pengurusan inventori berkesan yang boleh dimanfaatkan para peniaga,” katanya.

Armizan berkata usaha berkenaan dilaksanakan melalui sokongan dan kerjasama rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet dan pelbagai syarikat penyedia e-dompet yang berdaftar.

Advertisement
“Setakat lima hari Kembara ReDI Borneo 2025 berlangsung, jumlah peniaga berdaftar bagi negeri Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 3,708 orang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here