Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih 700 pelajar sertai seminar kenegaraan
Published on: Thursday, July 03, 2025
Published on: Thu, Jul 03, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Lebih 700 pelajar sertai seminar kenegaraan
ISNIN (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar STPM cemerlang.
BEAUFORT: Lebih 700 pelajar Tingkatan 6 dari daerah ini dan Kuala Penyu menyertai Seminar Kenegaraan Malaysia Madani anjuran Akademi Negara Malaysia (ANM) di Dewan Pa’ Musa, di sini, baru-baru ini.

Penutupan program yang turut mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort dan PPD Kuala Penyu itu telah dirasmikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih.

Advertisement
Program selama sehari itu juga dihadiri Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (Sabah) Mohd Azmie Mohd Salleh dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Rahman Yaakob.

Isnin yang juga wakil rakyat Klias berkata, inisiatif melalui program seumpama itu mampu memperkasa sahsiah diri di kalangan pelajar terlibat khususnya dalam aspek cintakan negara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama katanya, ia dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang pentingnya kepimpinan melalui teladan kerana golongan itu adalah pewaris kepimpinan di masa depan.

“Seminar Kenegaraan Madani Malaysia ini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak kita supaya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengenal sahsiah dan jati diri mereka.

Advertisement
“Melaluinya, kita dapat angkat golongan pelajar ini sebagai pemimpin di masa depan kerana mereka telah bermula dari awal iaitu di peringkat persekolahan lagi, sekaligus memupuk pemimpin pelapis.

“Justeru, program seumpama ini adalah satu manifestasi kepada anak-anak kita kerana saya sendiri di usia yang sama sebelum ini telah didedahkan dengan program seumpama ini,” katanya.

Advertisement
Terdahulu, Isnin turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada lima pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di majlis itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here