Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki pecah masuk dan mencuri dipenjara, sebatan
Published on: Thursday, July 03, 2025
Published on: Thu, Jul 03, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki pecah masuk dan mencuri dipenjara, sebatan
Kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda atau sebatan, jika disabitkan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai rekod sabitan lampau dihukum penjara tujuh tahun dan diperintah dikenakan dua kali sebatan kerana memecah masuk ke sebuah rumah dan menyebabkan kerugian sebanyak RM230,000.

Julian Said mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Advertisement
Dia didapati menceroboh rumah yang digunakan sebagai tempat penyimpanan barang kepunyaan Syarikat WV & Partners untuk mencuri pada jam 11.30 malam, 21 Februari 2024 di premis syarikat berkenaan di Jalan Sang Kancil, Karamunsing, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda atau sebatan, jika disabitkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Julian diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitannya.

Semasa mitigasi, peguam Lim Chun Yuen yang mewakili Julian memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan pencari nafkah keluarganya termasuk ibu yang sudah tua dan seorang anak perempuan. 

Advertisement
Lim turut memaklumkan bahawa terdapat jarak enam tahun sejak kesalahan terakhir Julian dilakukan pada 2019.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Julian sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, tetapi juga kepada orang awam secara keseluruhan.

Advertisement
Shafeerah berhujah bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Julian memberi kesan trauma kepada pengadu dan perniagaannya.

“Jumlah kerugian sekitar RM230,000 juga perlu diambil kira. Selain itu, semua mahkamah yang menjatuhkan hukuman berpendapat bahawa kes pecah rumah, terutamanya pada waktu malam, harus dianggap sebagai satu kesalahan yang sangat serius yang memerlukan hukuman penjara walaupun bagi pesalah kali pertama dan walaupun ada pengakuan bersalah.

Pandangan ini telahpun dipegang sebelum pindaan terhadap hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibuat. Selain kerugian material yang dialami oleh mangsa, trauma akibat kejadian pecah rumah itu juga diambil kira.” 

“Selain itu, pihak pendakwaan ingin menekankan bahawa ini merupakan kesalahan kedua di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan. Oleh itu, kami dengan rendah hati memohon agar hukuman sebatan dikenakan sebagai ganti denda, bagi memberi pengajaran kepada tertuduh,” hujahnya.

Mahkamah diberitahu bahawa pada kira-kira jam 7.53 pagi, 21 Februari 2024, pengadu menerima panggilan daripada rakan sekerja bernama Shanie yang memaklumkan bahawa pejabat mereka dipecah masuk oleh individu tidak dikenali.

Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi yang terletak di dalam sebuah bilik di tingkat atas telah hilang. Peti besi terbabit mengandungi wang tunai sebanyak RM200,000 serta barang kemas.

Siasatan dijalankan bersama pegawai forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan usaha untuk mengangkat cap jari di lokasi kejadian telah dilakukan, yang mana dua cap jari berjaya diperoleh.

Hasil analisis forensik dan perbandingan cap jari mendapati salah satu cap jari tersebut sepadan dengan milik Julian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here