Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Star komited bersama GRS: Jeffrey
Published on: Friday, July 04, 2025
Published on: Fri, Jul 04, 2025
By: Abbey Junior
Text Size:
Text:
Star komited bersama GRS: Jeffrey
Menurut Jeffrey, video tular yang mendakwa sebaliknya telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menafikan dakwaan bahawa parti itu merancang untuk keluar daripada perikatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Jeffrey, video tular yang mendakwa sebaliknya telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks.

Advertisement
“Rakaman itu adalah sebahagian daripada perbualan semasa sambutan ulang tahun parti kami, apabila saya ditanya apa tindakan Star sekiranya GRS terpaksa bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Dalam konteks itu saya menjawab, ‘Ya, kami akan keluar GRS, tetapi kekal dalam kerajaan.’ Namun video itu hanya memaparkan bahagian jawapan tersebut tanpa latar belakang perbualan penuh,” katanya ketika dihubungi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jeffrey, yang juga Timbalan Ketua Menteri, menegaskan Star kekal komited bersama GRS, yang parti itu juga ahli pengasas.

Rakaman pendek itu mula-mula dimuat naik di TikTok oleh akaun media sosial bebas sebelum tular dan menimbulkan spekulasi mengenai kedudukan STAR dalam GRS.

Advertisement
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Star, Datuk Jalumin Bayogoh berkata, parti itu tidak akan terpengaruh dengan cubaan mewujudkan perpecahan dan kekal fokus dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17).

“Kami akan terus mempertahankan prinsip ‘Rumah Kita, Kita Jaga, Sabah Kita Jaga’ bersama rakan-rakan dalam GRS,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Jalumin turut memaklumkan bahawa Star akan membuat laporan polis berhubung satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal berita, yang didakwa mengaitkan parti itu dengan skandal kartel lesen perlombongan Sabah melibatkan ahli perniagaan, Datuk Albert Tei.

“Laporan tersebut adalah palsu dan berunsur fitnah. Kami tidak akan bertolak ansur dengan fitnah seperti ini,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here