Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tindakan peguam persoal laporan polis Ketua Menteri dikecam
Published on: Friday, July 04, 2025
Published on: Fri, Jul 04, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Tindakan peguam persoal laporan polis Ketua Menteri dikecam
Mazlan (kiri) berkata, tindakan Tei (kanan) mengadakan sidang media sebaik sahaja selesai didakwa di mahkamah dan terus mengaitkan nama Ketua Menteri serta agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara, menunjukkan niat politik yang terselindung.
Kota Kinabalu: Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Mazlan Joehari Manan menyifatkan kenyataan peguam kepada ahli perniagaan Albert Tei sebagai cubaan terancang untuk mengaburi mata rakyat dan menyelewengkan maksud sebenar tindakan undang-undang yang diambil terhadap anak guamnya.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan itu  berkata, kenyataan peguam itu bersifat provokatif, tidak bertanggungjawab dan memperlihatkan sikap angkuh dalam memanipulasi tafsiran undang-undang demi membela seorang individu yang sedang berdepan pertuduhan serius.

Advertisement
Menurutnya, peguam berkenaan cuba menanam persepsi kononnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menggunakan kuasa politik untuk menakut-nakutkan pihak lawan, sedangkan tindakan membuat laporan polis adalah selaras dengan prinsip undang-undang.

“Ini bukan soal peribadi atau dendam politik. Ini soal mempertahankan kebenaran dan maruah jawatan Ketua Menteri. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apabila seseorang membuat kenyataan yang berbaur fitnah di khalayak ramai, maka wajarlah tindakan undang-undang diambil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Peguam Tei, Mahajoth Singh sebelum ini mendakwa Hajiji sepatutnya memfailkan saman sivil terhadap Tei dan bukannya membuat laporan polis.

Advertisement
Mazlan menegaskan bahawa kenyataan yang menyifatkan laporan polis sebagai penyalahgunaan sumber awam sebagai dangkal dan memperlekeh institusi keadilan negara.

“Jika kenyataan seperti ini dibiarkan, ia akan mencetuskan satu budaya tidak sihat di mana individu yang berdepan pertuduhan boleh bersembunyi di sebalik retorik kebebasan bersuara untuk mengelak tanggungjawab undang-undang,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, tindakan Tei mengadakan sidang media sebaik sahaja selesai didakwa di mahkamah dan terus mengaitkan nama Ketua Menteri serta agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara, menunjukkan niat politik yang terselindung.

“Dia seolah-olah mahu mengheret semua orang ke dalam lumpur yang sama semata-mata kerana dirinya telah didakwa. Itu bukan cara orang yang ingin menegakkan kebenaran, sebaliknya cara mereka yang mahu melindungi diri melalui persepsi,” katanya.

Mazlan turut mempersoalkan sama ada peguam Tei benar-benar bertindak atas dasar undang-undang atau sekadar menjadi alat untuk membentuk naratif politik songsang.

“Jika benar yakin anak guam tidak bersalah, buktikan di mahkamah. Jangan kaburi proses undang-undang dengan kenyataan bercorak politik,” tegasnya.

Beliau menyeru rakyat Sabah agar tidak terperangkap dengan permainan persepsi sedemikian dan terus memberi kepercayaan kepada institusi perundangan untuk menjalankan tugas secara bebas dan adil.

“Kita mesti bersatu mempertahankan institusi negara daripada dicemari oleh mereka yang sanggup memperalatkan undang-undang demi kepentingan sendiri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here