Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Rumah, kilang  terbakar
Published on: Friday, July 04, 2025
Published on: Fri, Jul 04, 2025
By: R Gonzales, Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Rumah, kilang  terbakar
BOMBA memadamkan kebakaran rumah di Kota Belud.
KOTA BELUD: 16 penghuni menghadapi detik cemas selepas rumah dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Labuan di sini, kira-kira jam 3 petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Elgie Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 petang.

Advertisement
“Seramai tujuh anggota, termasuk pegawai, bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal musnah 70 peratus akibat kebakaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Api merebak cepat namun semua penghuni seramai 16 orang, termasuk dua kanak-kanak, dilaporkan tidak cedera.

“Bagaimanapun, harta benda dan sebahagian dokumen penting mereka tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Advertisement
Menurut Elgie, operasi dikawal pada jam 5.09 petang sebelum merebak ke rumah penduduk lain yang berhampiran.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.26 petang manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, di SANDAKAN, kebakaran tercetus di sebuah kilang memproses kayu milik Sinora di Batu Sapi pada pagi Khamis, melibatkan bahagian jentera yang menyimpan habuk kayu.

Kejadian dilaporkan pada jam 10.24 pagi dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi kira-kira 16 kilometer pada pada jam 10.40 pagi.

Menurut Pemangku Ketua BBP Sandakan, PBKI Alan Ayuh, kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan 10 kali 15 kaki dan dianggarkan memusnahkan kira-kira 20 peratus daripada struktur berkenaan.

Operasi dijalankan dengan pantas menggunakan aliran 200 kaki dan dua pancutan air dari jentera serta pili bomba berhampiran, dengan bantuan daripada Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) kilang terbabit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. 

Kebakaran dikawal pada jam 1 petang dan operasi ditamatkan pada jam 1.08 petang, sementara punca kejadian sedang disiasat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here