Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
ECoS perjelas peraturan pemeriksaan genset
Published on: Friday, July 04, 2025
Published on: Fri, Jul 04, 2025
Text Size:
Text:
ECoS perjelas peraturan pemeriksaan genset
Nasser menjelaskan bahawa berdasarkan Peraturan sedia ada, tidak semua pepasangan berdaftar standby genset memerlukan lawatan berkala orang kompeten. 
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) mengambil maklum rungutan daripada pemunya genset di premis rumah kediaman mengenai keperluan lawatan berkala oleh Orang Kompeten selaras dengan Enakmen Bekalan Elektrik 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid menjelaskan bahawa berdasarkan Peraturan sedia ada, tidak semua pepasangan berdaftar standby genset memerlukan lawatan berkala orang kompeten. 

Advertisement
Beliau menjelaskan, pepasangan menggunakan sistem tahap voltan rendah dan menerima bekalan menggunakan alat suis pada kadaran kurang 100 ampere, sama ada rumah kediaman, premis komersial dan industri, tidak memerlukan lawatan berkala Orang Kompeten.

ECoS juga memutuskan untuk tidak mewajibkan lawatan berkala bagi pepasangan berdaftar voltan rendah, melibatkan rumah kediaman dan premis komersial yang mendapat bekalan melalui alat suis pada kadaran melebihi 100 ampere tetapi kurang daripada 300 ampere.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi premis industri, termasuk stesen-stesen minyak, pemeriksaan berkala boleh dikurangkan daripada sebulan sekali kepada tiga bulan sekali.

Bagi pepasangan berdaftar premis komersial dan industri bersaiz besar, iaitu yang mendapat bekalan pada tahap voltan 11,000 volt, pengurangan boleh dipertimbangkan daripada dua kali sebulan kepada satu kali sebulan. 

Advertisement
“Bagi pepasangan pada tahap voltan melebihi 11,000 volt sehingga 132,000 volt, pengurangan boleh dipertimbangkan daripada empat kali sebulan kepada dua kali sebulan.

“Ini disebabkan kerana bagi pepasangan di premis komersial dan industri tersebut, sekiranya berlaku sebarang kegagalan operasi, ia boleh mendatangkan risiko yang lebih besar bukan sahaja kepada pemunya tetapi kepada pekerja yang mengendalikan pepasangan, penghuni dan orang awam,” kata Abdul Nasser.

Advertisement
Beliau berkata keputusan ini dibuat selaras dengan punca kuasa di bawah Peraturan 72, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024. 

“Bagaimanapun, sebarang pengurangan kekerapan lawatan yang dinyatakan di atas perlu dipohon dan masih tertakluk kepada pengesahan tahap keselamatan yang akan dilaksanakan oleh pegawai ECoS,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pengecualian dan pengurangan kekerapan lawatan diberikan, pemunya pepasangan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pepasangan berada dalam keadaan selamat.

Untuk maklumat atau bantuan lanjut, pemilik boleh menghubungi mana-mana pejabat ECoS atau layari portal Talk2ECoS di www.ecos.gov.my.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here