Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tekun Nasional salur pembiayaan RM43.71 juta kepada usahawan di Sabah
Published on: Friday, July 04, 2025
Published on: Fri, Jul 04, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tekun Nasional salur pembiayaan RM43.71 juta kepada usahawan di Sabah
Ewon berkata skim pembiayaan lain antaranya ialah Tekun Niaga, Skim Pembiayaan Usahawan Kraf, Skim Pembiayaan Online Tekun, Skim Pembiayaan Usahawan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Skim Teman Tekun, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu, Skim Kontrak-i dan SPUMI (Skim Pembiayaan Usahawan Muda India).
Kota Kinabalu: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Sabah telah menyalurkan sebanyak RM43.71 juta kepada 2,213 usahawan di negeri itu menerusi pelbagai skim pembiayaan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata ia termasuk lapan skim pembiayaan kepada usahawan mikro dan kontraktor termasuk Skim Pembiayaan Kontrak-i yang mencatat jumlah peruntukan tertinggi tahun ini.

Advertisement
“Bagi tahun ini sahaja, Skim Pembiayaan Kontrak-i diperuntukkan sebanyak RM71.28 juta menjadikannya skim tertinggi dari segi jumlah pembiayaan,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Ewon berkata skim pembiayaan lain antaranya ialah Tekun Niaga, Skim Pembiayaan Usahawan Kraf, Skim Pembiayaan Online Tekun, Skim Pembiayaan Usahawan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Skim Teman Tekun, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu, Skim Kontrak-i dan SPUMI (Skim Pembiayaan Usahawan Muda India).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata tahun ini di bawah skim Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), sejumlah RM2.05 juta disalurkan kepada 408 usahawan dari Januari hingga Mei manakala manakala bagi Skim Usahawan Kraf pula, sebanyak RM228,000 disalurkan kepada 17 usahawan kraf setakat ini.

Sementara itu, Skim TVET mencatatkan jumlah pembiayaan lebih tinggi iaitu RM1.07 juta kepada 36 pemohon justeru menunjukkan sambutan yang menggalakkan.

Advertisement
“Bagi Skim Usahawan Tamu (SPUT) yang diperkenalkan pada 2023, Tekun telah menyalurkan RM13.76 juta kepada 3,050 usahawan di Sabah dan Sarawak sehingga Mei tahun ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here