Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mesyuarat PH Sabah tumpu 3 perkara utama
Published on: Saturday, July 05, 2025
Published on: Sat, Jul 05, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mesyuarat PH Sabah tumpu 3 perkara utama
Saifuddin berkata dalam mesyuarat itu, kesemua parti komponen PH bersetuju untuk mempunyai garis masa dalam menyelesaikan urusan pembahagian kerusi masing-masing.
KOTA BELUD: Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Kota Kinabalu pada Khamis, menumpukan kepada tiga perkara utama dalam persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam mesyuarat itu, kesemua parti komponen PH bersetuju untuk mempunyai garis masa dalam menyelesaikan urusan pembahagian kerusi masing-masing.

Advertisement
“Mesyuarat juga bersetuju bahawa kita akan fokus kepada pembentukan jentera pilihan raya yang kuat dan mantap. Ia mesti berlaku sekarang, kalau (tunggu sehingga) Dewan Undangan Negeri (DUN) bubar memang tidak sempat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Kampung Pangkalan Abai di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Saifuddin Nasution yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata perbincangan juga menumpukan kepada perincian manifesto PH dan beliau berpuas hati dengan kemajuan perundingan yang telah dicapai.

Beliau turut memberi jaminan akan sentiasa turun ke Sabah bagi memastikan semua keputusan dalam mesyuarat PH itu dilaksanakan.

Advertisement
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad, Pengerusi PH Sabah Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud, Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe, dan Pengerusi Amanah Sabah Datuk Lahirul Latigu.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekali gus memberi laluan untuk PRN Sabah ke-17.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here