Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki hilang di hutan, ditahan sejurus ditemui
Published on: Sunday, July 06, 2025
Published on: Sun, Jul 06, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki hilang di hutan, ditahan sejurus ditemui
Operasi ditamatkan pada 3 Julai selepas Balai Polis Kundasang menerima maklumat daripada pegawai Renjer, Bahagian Penguatkuasaan Sub-Stesen Mesilau kira-kira jam 4.35 petang, memberitahu individu itu telah ditemui. - Foto untuk ilustrasi sahaja.
RANAU: Misteri seorang lelaki warga Filipina yang dilaporkan hilang dalam hutan beberapa hari lalu, terbongkar selepas individu itu ditemui dalam keadaan baik berhampiran sebatang sungai di sini, petang Khamis.

Bagaimanapun, sejurus ditemui, ‘mangsa’ itu ditahan apabila didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Lelaki berusia 31 tahun itu dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Sub-Stesen Mesilau Nature Resort, Kundasang, di sini sebelum ditemui di kawasan Sungai Mesilou 2 empat hari kemudian.

Advertisement
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada 30 Jun apabila Balai Polis Kundasang menerima laporan daripada pengadu memaklumkan seorang lelaki warga Filipina disyaki hilang selepas memasuki kawasan hutan itu.

Susulan laporan itu, Ketua Polis Daerah Ranau, P/Supt Mursalin Mahmud mengarahkan Pegawai Kanan Polis Operasi IPD Ranau, Inspektor Siti Junita Sutian untuk menyusun pasukan khas bagi operasi SAR, termasuk meminta bantuan Unit Dron daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan IPD Ranau turut dibantu pasukan Bomba, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Komuniti Mesilou Bukit Maragang dan Taman-Taman Sabah serta pasukan mencari dan menyelamat gunung (MoSAR).

Operasi ditamatkan pada 3 Julai selepas Balai Polis Kundasang menerima maklumat daripada pegawai Renjer, Bahagian Penguatkuasaan Sub-Stesen Mesilau kira-kira jam 4.35 petang, memberitahu individu itu telah ditemui.

Advertisement
Selepas itu, individu tersebut dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati individu itu disyaki masuk dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Advertisement
Dia diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Daerah Ranau dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here