Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelancongan Sabah jana RM3.3 juta lima bulan pertama 2025
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pelancongan Sabah jana RM3.3 juta lima bulan pertama 2025
SEMPORNA: Sektor pelancongan Sabah menjana pendapatan sebanyak RM3.3 juta selepas menerima sekitar 1.44 juta ketibaan pelawat dari Januari hingga Mei tahun ini, satu petanda positif bahawa industri pelancongan negeri itu berada pada landasan pemulihan yang kukuh.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata peningkatan konsisten ketibaan pelawat, terutamanya dari pasaran antarabangsa, berkait rapat dengan tahap keselamatan yang tinggi di negeri itu, hasil kerjasama dan kawalan rapi oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Advertisement
Beliau berkata Sabah tidak mencatat sebarang insiden penculikan untuk wang tebusan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus menggambarkan komitmen Esscom dalam menjaga keselamatan perairan dan komuniti setempat.

“Ini melengkapi usaha berterusan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) untuk menjenamakan Sabah sebagai destinasi yang selamat dan mesra pelawat,” katanya dalam kenyataan selepas mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan delegasi asing melawat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston yang juga Pengerusi STB berkata, menurut data terbaharu STB, jumlah ketibaan pelancong antarabangsa ialah 559,150 orang, manakala pelancong domestik mencatat 879,420 ketibaan.

China kekal sebagai penyumbang utama ketibaan antarabangsa dengan 243,688 pelawat, diikuti Korea Selatan (76,685).

Advertisement
Beliau turut memaklumkan peningkatan ketara dalam jumlah pelancong dari Eropah, yang merekodkan 35,240 ketibaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini – meningkat 25.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pasaran Eropah utama termasuk United Kingdom dan Ireland (13,910 ketibaan), diikuti Jerman (3,854) dan Perancis (2,750). Sementara itu, Amerika Syarikat mencatat 9,356 ketibaan, manakala Kanada merekodkan 2,949 ketibaan.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here