Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dun Sabah terbubar sendiri 11 November ini – Speaker
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dun Sabah terbubar sendiri 11 November ini – Speaker
Kadzim berkata sekiranya Dun terbubar dengan sendiri pada 11 Nov ini, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diberitahu secara rasmi oleh pihaknya mengenai perkara tersebut.
Kota Kinabalu: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya Dun tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, kata Speaker Dun Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Kadzim berkata tempoh lima tahun Dun Sabah dikira bermula dari tarikh persidangan pertama Dun Sabah Ke-16 iaitu pada 12 Nov 2020, justeru tempoh tamat penggal lima tahun itu adalah pada 11 Nov ini.

Advertisement
Beliau berkata berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai tarikh Dun Sabah akan terbubar secara sendiri dengan menganggap permulaan tempoh lima tahun Dun Sabah adalah pada tarikh mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 26 Sept 2020, atau 22 Sept 2020 untuk undian awal.

“Ada orang luar salah faham tentang tarikh (tempoh) pembubaran Dewan Undangan Negeri (bubar secara sendiri). Ada yang kira bermula dari tarikh mengundi, ada juga orang fikir dari tarikh Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) angkat sumpah (9 Okt 2020).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“(Sebenarnya) ia (tempoh lima tahun Dun Sabah) bukan (dikira) dari tarikh bila mengundi, keputusan (PRN16) keluar dan bukan juga tarikh dari Adun angkat sumpah.

Ia dikira dari tarikh sidang pertama penggal dewan yang baharu itu,” katanya kepada Bernama.

Advertisement
Kadzim berkata sekiranya Dun terbubar dengan sendiri pada 11 Nov ini, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diberitahu secara rasmi oleh pihaknya mengenai perkara tersebut.

“Pilihan raya untuk negeri ini kemudian perlu dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh Dun bubar itu,” katanya.

Advertisement
Mengulas tentang persidangan Dun Sabah yang akan berlangsung dua hari bermula esok, beliau berkata empat rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan melibatkan pembekalan tambahan, cukai jualan negeri, hutan, dan perubahan iklim serta tadbir urus karbon.

“Kita setahun sekurang-kuranya ada tiga persidangan, jadi (kali ini) ‘hype’ sikit kerana kalau bubar (Dun) selepas ini ia jadi sidang terakhir penggal ini. Kalau belum bubar akan menjadi sidang ketiga tahun ini. Tiada yang luar biasa kali ini, hanya sidang seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Kadzim berkata penyiaran sidang Dun Sabah secara langsung di media sosial antaranya Youtube adalah bagi membolehkan rakyat mengikuti perbahasan terutama melibatkan dasar negeri tanpa perlu hadir ke dewan. 

“Saya rasa lebih baik dapat tengok secara langsung sebab tumpuan kita hanya kepada perbahasan...memang banyak kebaikannya apabila ia diadakan secara langsung,” katanya.

Beliau berkata penyiaran secara langsung itu juga dapat mendorong Adun untuk menjaga tingkah laku dan tertib semasa persidangan, selain memastikan perbahasan berkualiti kerana menyedari mereka diperhatikan rakyat.

“Kalau saya pun sebagai Adun, saya akan menjaga tertib sebab saya tahu saya diikuti secara langsung oleh orang ramai. Baiknya ia (siaran) akan lebih menyeluruh sebab tidak semua yang dapat datang ke dewan,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kawasan Dun Sabah telah diwartakan sebagai kawasan keselamatan, justeru terdapat had tertentu yang perlu dipatuhi di sekitar dewan itu bagi mengelakkan ketidakselesaan untuk urusan melibatkan negeri ini.

“Bukannya kita halang orang datang tapi kita tidak mahu dewan ini menjadi macam satu acara di pusat konvensyen, semua orang berpusu-pusu. Memandangkan kawasan dewan ini sudah pun diwartakan sebagai tempat dan kawasan keselamatan, jadi ada hadnya, patuhilah,” katanya.

Ditanya tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI, Kadzim menjelaskan pihaknya pada masa ini masih belum dapat menggunakan sepenuhnya teknologi itu kerana berdepan beberapa kekangan antaranya dari segi terjemahan bahasa.

“Jika suatu hari nanti AI ini boleh digunakan untuk persidangan, kita boleh gunakan untuk membantu tugas kita antaranya dalam menyediakan hansard dan sebagainya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here