Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri komited lestarikan khazanah budaya etnik Sabah: Hajiji
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri komited lestarikan khazanah budaya etnik Sabah: Hajiji
Hajiji disambut oleh masyarakat Rungus setibanya di Majlis Perasmian Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rungus Sabah, Kota Marudu pada Ahad.
KOTA MARUDU: Kerajaan Negeri komited melestarikan khazanah budaya etnik di Sabah yang kaya dengan warisan seni dan adat resam berkeunikan serta bernilai tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha memulihara budaya pelbagai etnik penting bagi memastikan identiti negeri terus dipertahan dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Advertisement
Bercakap pada perasmian Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rungus Sabah, Jalan Teringai, pada Ahad, Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong dan membantu pertubuhan etnik dalam usaha menjaga hal ehwal adat istiadat, seni dan budaya masing-masing. 

“Budaya bukan sekadar khazanah sejarah, tetapi juga aset pembangunan yang perlu dipertahankan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata budaya dan warisan etnik seperti masyarakat Rungus bukan sekadar nilai tradisi, malah merupakan aset penting perpaduan dan daya tarikan pelancongan, ia juga menyemai semangat jati diri dan kebanggaan dalam kalangan generasi muda.

Hajiji turut berkata Kerajaan Negeri akan mempertimbang cadangan menaik taraf Daerah Kecil Matunggong kepada daerah penuh, tertakluk kepada kajian kelayakan yang dilaksanakan oleh pihak berwajib.

Advertisement
“Kerajaan mendengar aspirasi rakyat Matunggong dan akan meneliti aspek keperluan serta kesediaan infrastruktur sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dan menambah, hanyak usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan GRS demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Sabah. 

Advertisement
“Kita ada pelan pembangunan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang jelas serta memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh dan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kestabilan politik dan sokongan berterusan daripada rakyat amat penting bagi memastikan segala dasar, program dan inisiatif kerajaan dapat diteruskan tanpa gangguan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

“Jangan kita undur ke belakang. Teruslah bersama kerajaan GRS yang telah membuktikan komitmen dan kemampuan membela rakyat serta membangunkan negeri secara inklusif,” katanya.

Hajiji memuji usaha Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) yang terus menganjurkan Festival Kebudayaan Rungus secara konsisten sebagai platform memperkenal dan mempromosi budaya suku kaum Rungus. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here