Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki ditahan ugut bapa guna parang panjang
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan ugut bapa guna parang panjang
POLIS menahan suspek dan merampas senjata yang disyaki digunakan untuk mengugut bapa kandungnya.
TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap bapa kandungnya menggunakan parang panjang di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata penahanan itu dibuat susulan laporan abang suspek yang bimbang dengan keselamatan diri mereka sekeluarga.

Advertisement
”Pengadu melaporkan suspek mengamuk dan mengancam bapa kandung mereka dengan menggunakan parang berukuran 65.8 sentimeter,” katanya, di sini pada Ahad.

Jasmin berkata dalam kejadian itu pengadu cuba meleraikan keadaan namun suspek yang kembali tenang kemudiannya bertindak merosakkan harta benda di rumah pengadu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya polis dari Balai Polis Sri Indah dikerah untuk menjalankan serbuan di sebuah kediaman dan memberkas suspek untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

”Susulan penahanan itu suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Sri Indah sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk direman,” katanya, dan menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Dalam kes berasingan Jasmin berkata polis turut menahan seorang suspek berumur 31 tahun untuk membantu siasatan kes curi 10 botol minyak wangi dianggarkan bernilai RM328.

”Suspek ditangkap di kawasan Jalan Apas kerana dipercayai terlibat dalam kes curi di dalam sebuah premis kedai dan kini direman di IPD Tawau,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here