Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Simposium 2.0 TVET bermula Rabu ini
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Program Simposium 2.0 TVET bermula Rabu ini
Dr Ramzah berkata, lebih 300 peserta dari seluruh negeri dijangka menghadiri simposium itu bagi menyertai sesi libat urus dan perkongsian ilmu sepanjang dua hari penganjurannya.
Kota Kinabalu: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dengan kerjasama Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, North Borneo University College (NBUC) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan menganjurkan Simposium Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sabah 2.0 bermula Rabu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IDS Sabah yang juga Pengerusi Penganjur Simposium 2.0, Datuk Dr Ramzah Dambul berkata, lebih 300 peserta dari seluruh negeri dijangka menghadiri simposium itu bagi menyertai sesi libat urus dan perkongsian ilmu sepanjang dua hari penganjurannya.

Advertisement
Beliau berkata simposium bertemakan “Sustainable TVET for Sabah’s Future Human Capital: Integrated TVET System” itu bertujuan memperkukuh dan menyelaras ekosistem TVET Sabah agar lebih selari dengan keperluan sebenar industri semasa dan masa hadapan.

“Simposium ini menjadi wadah penting menghubungkan para pendidik, pengendali latihan vokasional, pembuat dasar dan pemain industri untuk membentuk strategi pembangunan modal insan yang lebih mampan, responsif dan inklusif, sejajar dengan hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya dalam kenyataan, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Simposium tersebut akan menggarap lima subtema utama iaitu pemodenan sistem latihan dan peningkatan laluan kerjaya, peluasan akses dan jaminan inklusiviti dalam pembangunan kemahiran secara holistik, peranan TVET sebagai pemacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi transformatif.

Selain itu, pemantapan sinergi antara institusi pendidikan dan industri dalam memperkukuh daya saing tenaga kerja, dan adaptasi terhadap amalan terbaik dan tren global dalam memperkasa ekosistem TVET Sabah.

Advertisement
Beliau berkata yuran penyertaan adalah RM300 untuk orang awam manakala RM100 untuk pelajar dan berharap dengan pengisian menyeluruh serta penyertaan pelbagai pihak berkepentingan, simposium itu menjadi pemangkin kepada pendekatan baharu dalam membentuk masa depan pendidikan kemahiran di Sabah.

Antara penceramah yang terlibat ialah Ramzah, Setiausaha Tetap KSTI Sabah Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim, Presiden NBUC Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah JPK Dr. Azmi Ahmad dan Penyelaras Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr.Shanusi Ahmad. 

Advertisement
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi www.sabahtvet.nbuc.edu.my atau di laman Facebook rasmi Sabah TVET Symposium di facebook.com/SABAHTVET dan maklumat lanjut boleh berhubung kepada Penyelidik IDS, Romandyus Micheal melalui emel romandyus.michael@ids.org.my atau hubungi talian 088-450500 / 017-860 5971.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here