Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Bulan Dakwah perkukuh nilai Islam, semarak perpaduan ummah
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
Text Size:
Text:
Bulan Dakwah perkukuh nilai Islam, semarak perpaduan ummah
Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) atas penganjuran program tersebut yang disifatkan selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan konsep Malaysia Madani. 
Kota Kinabalu: Program Bulan Dakwah bukan sekadar pengisian keagamaan tahunan, sebaliknya satu inisiatif bersepadu yang mampu memperkukuh nilai Islam, mempertingkatkan amalan ibadah dan memupuk perpaduan ummah di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program yang berlangsung sepanjang bulan Muharam hingga Rabiulawal itu merupakan platform terbaik untuk menyemarakkan dakwah Islamiah melalui pendekatan yang inklusif dan menyeluruh.

Advertisement
“Pelaksanaan Program Bulan Dakwah ini bukan sahaja mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah secara konsisten dan berdisiplin, malah turut memberi penekanan terhadap aspek perpaduan, kerja berpasukan serta pengukuhan ukhuwah dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya semasa merasmikan Program Bulan Dakwah Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata, kerajaan negeri amat menggalakkan pelaksanaan aktiviti dakwah secara bersepadu.

“Pelbagai pengisian menarik sepanjang program seperti Wacana Pemikir, Ceramah Agama, Kursus Muamalat, Bicara Wanita, Fiqh Kenegaraan, Street Dakwah dan Kembara Maulidur Rasul mampu memberi impak besar kepada masyarakat,” katanya.

Advertisement
Beliau menyarankan agar semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan, termasuk NGO Islam serta pihak media, bersama-sama memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti dakwah dan pengukuhan nilai keagamaan.

“Program Bulan Dakwah ini tidak harus dilihat sebagai aktiviti semata-mata, sebaliknya menjadi wahana membentuk masyarakat yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek,” katanya.

Advertisement
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ilmuwan dan penceramah yang terlibat, termasuk Timbalan Mufti Negeri Pahang, Sahibul Fadhilah Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin yang menyampaikan kupasan menarik dalam Wacana Pemikir mengenai seni dakwah melalui karya tokoh agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) atas penganjuran program tersebut yang disifatkan selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan konsep Malaysia Madani. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here