Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Politik Sabah bergerak ke arah pertembungan parti lokal, Malaya: SAPP
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
Text Size:
Text:
Politik Sabah bergerak ke arah pertembungan parti lokal, Malaya: SAPP
Menurut Yong, pengalaman puluhan tahun SAPP sebagai parti tempatan memberi kelebihan dari segi pemahaman isu-isu setempat dan sokongan akar umbi yang semakin meningkat.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee menyifatkan landskap politik semasa semakin menunjukkan pertembungan jelas antara parti tempatan dan parti dari Semenanjung Malaysia.

“Dalam konteks gambaran besar, politik Sabah kini sedang bergerak ke arah pertembungan antara parti lokal dan parti Malaya. Dan kami di SAPP yang telah lama berjuang sebagai parti tempatan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, pengalaman puluhan tahun SAPP sebagai parti tempatan memberi kelebihan dari segi pemahaman isu-isu setempat dan sokongan akar umbi yang semakin meningkat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan SAPP Zon Sandakan Jawatankuasa Perhubungan Bahagian Pilihan Raya (CLC) Tanjung Papat dan Elopura di sini, Ahad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menyentuh isu kerusi pada pilihan raya negeri akan datang, Yong berkata pihaknya masih lagi dalam rundingan bersama Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, beliau yakin SAPP akan meletakkan sekurang-kurang seorang calon di Zon Sandakan.

Advertisement
“Saya yakin di bawah GRS, SAPP akan meletakkan satu atau dua calon untuk Zon Sandakan. 

“Kita akan berusaha semaksimum mungkin dan pada masa sama kita juga akan membantu calon-calon GRS lain yang bertanding di mana-mana kawasan di seluruh Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here