Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan kembali ke Sabah selepas 30 tahun: Arthur
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan kembali ke Sabah selepas 30 tahun: Arthur
ARTHUR (tengah) bergambar selepas melepaskan Konvoi Bermotor Road to HPPNK 2025.
TAWAU: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada tahun ini cukup istimewa apabila pertama kali dibawa ke Sabah selepas 30 tahun iaitu kali terakhir pada tahun 1995. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, negeri ini dipilih sebagai tuan rumah sambutan utama yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada 1 hingga 3 Ogos ini dan dijangka dirasmikan Perdana Menteri. 

Advertisement
“Program itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 penganjuran HPPNK dengan tema ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Road To HPPNK @ Tawau di dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Sabtu.

Menurutnya, program dua hari di Tawau itu mensasarkan kehadiran 20,000 pengunjung dengan jumlah nilai urusniaga sebanyak RM100, 000 serta melibatkan tujuh reruai pempamer, 12 reruai/gerai Jualan Agro Madani dan 40 reruai usahawan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, program pra-HPPNK menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan komuniti agro di Sabah, khususnya golongan peladang, penternak dan nelayan yang merupakan tunjang keterjaminan makanan negara. Tambahnya, pemilihan Tawau sebagai pembuka tirai lokasi program jelajah kerana potensinya dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan serta kedudukan strategik yang memudahkan pengunjung dari daerah Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

Sempena perasmian majlis itu, Arthur menyampaikan lapan Cek Cura (Mock Cheque) iaitu Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Tawau 2025 bernilai RM921,600; Bantuan Rumah Nelayan B40 – Tawau (RM300,000) dan Bantuan Pembangunan Fasiliti Perikanan Komuniti Nelayan di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau bernilai RM50,000.

Advertisement
Turut disampaikan, Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) - Tawau bernilai RM34,000; Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Kalabakan (RM26,882.80) dan Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Tawau bernilai RM9,289.70.

Selain itu, Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Kunak bernilai RM39,294.80 dan Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Lahad Datu bernilai RM9,954.

Advertisement
Terdahulu, Arthur melepaskan Konvoi Bermotor Road To HPPNK 2025 yang akan menjelajah ke beberapa daerah di Sabah seperti Sandakan, Nabawan, Keningau, Papar, Kota Kinabalu sebelum berakhir di SICC.

Konvoi itu melibatkan 30 peserta daripada pegawai, warga kerja LKIM Sabah dan Kumpulan Belia Nelayan (Kubena) serta ahli persatuan nelayan di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here