Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pendekatan isu Ambalat harus fokus nilai pembangunan rakyat
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pendekatan isu Ambalat harus fokus nilai pembangunan rakyat
Samasuddin berkata isu Ambalat bukan isu sensasi politik tetapi sebaliknya satu peluang emas yang wajib dimanfaatkan untuk menjana masa hadapan lebih cerah buat masyarakat Kalabakan dan Tawau.
TAWAU: Pendekatan terhadap isu Ambalat harus memfokuskan kepada nilai pembangunan rakyat dan bukan dijadikan modal polemik politik sempit yang hanya merugikan rakyat tempatan.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan Samasuddin Yusop berkata isu Ambalat bukan isu sensasi politik tetapi sebaliknya satu peluang emas yang wajib dimanfaatkan untuk menjana masa hadapan lebih cerah buat masyarakat Kalabakan dan Tawau.

Advertisement
Menurutnya kedudukan Blok Ambalat yang terletak di perairan strategik Laut Sulawesi bersebelahan Kalabakan dan Tawau bukanlah sekadar perbatasan maritim antara dua negara tetapi kini menjadi simbol harapan baharu rakyat di Pantai Timur Sabah.

Justeru beliau menyambut baik usaha diplomasi dua hala antara Perdana Menteri dan Presiden Republik Indonesia untuk meneroka potensi pembangunan bersama di kawasan kaya dengan sumber minyak dan gas itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya Umno Kalabakan menyeru supaya sebarang pelaburan atau aktiviti eksplorasi di Ambalat memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan termasuklah peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas, latihan teknikal dan Tvet serta penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan industri.

“Kami tidak mahu rakyat sekadar menjadi pemerhati. Mereka adalah pemegang kepentingan sah yang mesti diberi tempat dalam sebarang struktur pembangunan dan pentadbiran Ambalat,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Advertisement
Mengulas lanjut Samasuddin turut menekankan pentingnya Kerajaan Sabah dan wakil rakyat pantai timur dilibatkan secara langsung dalam sebarang rundingan atau pelaksanaan projek pembangunan berkaitan kawasan itu.

Tegasnya pihaknya menyatakan sokongan terhadap usaha diplomatik yang mengukuhkan hubungan serantau namun menolak sebarang bentuk pengabaian terhadap hak Sabah.

Advertisement
“Sebagai langkah proaktif kita mencadangkan penubuhan sebuah Unit Pembangunan Pantai Timur Sabah di bawah agensi seperti Petronas atau Kementerian Ekonomi bagi memastikan limpahan manfaat projek Ambalat sampai ke peringkat akar umbi.

“Kami tidak mahu Sabah khususnya Kalabakan dan Tawau sekadar menjadi laluan keluar hasil negara. Sudah tiba masanya hak dan suara rakyat pantai timur diperkasa,” katanya.

Beliau juga menegaskan komitmen Umno Kalabakan untuk kekal berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan keadilan pembangunan untuk rakyat kawasan tersebut.

“Kami menolak retorik. Kami memilih pendekatan rasional dan strategik demi rakyat Kalabakan, demi Tawau dan demi Sabah secara keseluruhan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here