Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pemuda tempatan miliki ganja ditahan
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Pemuda tempatan miliki ganja ditahan
GANJA yang berjaya dirampas.
TAWAU: Polis menahan seorang pemuda tempatan yang disyaki memiliki ganja di hadapan sebuah premis kedai di Jalan Ranggu Batu 8 di sini kira-kira jam 9 malam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata penahanan dibuat selepas suspek mengaku ada menyimpan ganja sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan polis.

Advertisement
“Satu kotak putih mengandungi alat penimbang digital dan 24 paket plastik lutsinar berlainan saiz berisi ketulan tumbuhan mampat disyaki ganja berhasil ditemui.

“Kita menganggarkan dadah yang dimiliki suspek ini seberat 204.91 gram dan bernilai kira-kira RM4, 500,” katanya melalui kenyataan medianya di sini pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasmin berkata kejayaan terbabit dicapai hasil pemerhatian selama kira-kira 15 minit yang dilakukan pasukannya terhadap suspek yang berkelakuan mencurigakan.

Menurutnya suspek menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dan mengaku ada menyimpan ganja selepas ditanya jika dia ada memiliki barang salah atau dadah.

Advertisement
“Penahanan suspek turut membawa kepada rampasan satu telefon pintar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna merah dan kunci,” katanya.

Mengulas lanjut ujian awal saringan air kencing turut mendapati suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (ganja).

Advertisement
Beliau berkata siasatan kes dibuka di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha mengesan rangkaian pengedaran dadah berkaitan turut dijalankan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here