Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Borneo.TV platform utama untuk anak Sabah berkarya’
Published on: Tuesday, July 08, 2025
Published on: Tue, Jul 08, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
‘Borneo.TV platform utama untuk anak Sabah berkarya’
Rosmadi berkata inilah masanya untuk mereka merebut peluang yang ada untuk menghasilkan karya berkualiti sehingga mampu dipromosikan ke luar negara menerusi platform terbabit.
PEWUJUDAN platform penstriman pewujudan Borneo.TV bakal manfaat besar kepada syarikat-syarikat produksi anak-anak Sabah sendiri yang boleh menjadi penyedia kandungan. 

Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai berkata inilah masanya untuk mereka merebut peluang yang ada untuk menghasilkan karya berkualiti sehingga mampu dipromosikan ke luar negara menerusi platform terbabit.

Advertisement
“Anak-anak Sabah khususnya pempengaruh, pemain industri dan penggiat seni menjadi keutamaan untuk bersama-sama Borneo.TV, sebagai sebuah platform penstriman baharu yang mengetengahkan wajah, suara dan budaya negeri ke peringkat antarabangsa.

“Dengan memberi keutamaan dan menjadikan pempengaruh, pemain industri dan penggiat seni anak-anak tempatan Sabah, peluang keemasan ini perlu diambil untuk bersama-sama Borneo.TV menyebarkan penceritaan Sabah beserta kejayaan dan daya tarikan milik kita di negeri bertuah ini, dapat menarik minat penonton di seluruh dunia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, peluang yang ada ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak Sabah yang terlibat dalam industri kreatif dan ini juga akan membantu kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan berkualiti di bidang penyiaran digital dan penstriman dalam kalangan anak-anak tempatan,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Menafikan dakwaan penggiat industri kreatif tempatan diabaikan atau dipinggirkan, katanya, kerajaan negeri sedia dan sentiasa terbuka bertemu dengan semua pempengaruh, pemain industri dan penggiat seni tempatan di negeri ini, bagi membincang isu-isu berbangkit sekali gus menambah baik industri kreatif negeri.

Advertisement
Terdahulu, pelancaran Borneo.TV mencetuskan polemik daripada sebahagian besar pemain industri kandungan tempatan.

Presiden Persatuan Filem dan Visual Sabah Chester Pang dalam surat terbukanya kepada Ketua Menteri selepas pelancaran itu menyifatkan kemunculan Borneo.TV oleh IB Media Consultant Sdn Bhd sebagai “datang bagai guruh di tengah hari”.

Advertisement
Chester dipetik sebagai berkata pelancaran itu mengejutkan sebahagian besar penggiat seni tempatan dan mereka rasa sedikit terkilan dan berasa terpinggir seolah-olah suara serta peranan penting mereka tidak diperlukan dalam pembangunan digital utama di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan Borneo.TV pada 1 Julai lalu, dengan slogan “Cerita Sabah di Mata Dunia” yang bakal menjadi saluran utama menyampaikan kandungan sahih, dokumentari asli, seni budaya dan keindahan alam semula jadi Sabah melalui pendekatan digital yang lebih moden, fleksibel dan global.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here