Sat, 25 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
UMS beri insentif kepada atlet Sukan Universiti Dunia
Published on: Wednesday, July 09, 2025
Published on: Wed, Jul 09, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
UMS beri insentif kepada atlet Sukan Universiti Dunia
DARI kiri, Chelsea, Farrel dan Hizilawanty.
Kota Kinabalu: Tiga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal beraksi pada Sukan Universiti Dunia (WUG) menerima insentif RM1,500 setiap seorang daripada pihak universiti pada Isnin.

Ketiga-tiga mereka yang layak ke temasya dwitahunan yang akan diadakan di Rhine-Ruhr, Jerman bermula 18 Julai ini ialah Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial); Farrel Glenn Felix Jurus (Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan) dan Hizilawanty Jamain (Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan.

Advertisement
Majlis penyerahan insentif itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor di Bangunan Canselori UMS di sini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah Pusat Sukan Ahmadi Nurdin dan Dekan Pusat Ilmu dan Bahasa UMS, Prof Dr Ismail Ali.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Dr. Kasim berkata, insentif itu sebagai bentuk sokongan universiti kepada atlet yang berjaya ke peringkat antarabangsa, selain sebagai pembakar semangat kepada atlet lain di kampus tersebut.

“Kejohanan yang akan berlangsung selama 12 hari itu bakal menghimpunkan atlet universiti dari seluruh dunia untuk mempamerkan potensi mereka di persada global. 

Advertisement
“Kami berharap mereka bukan sahaja membawa pulang pengalaman berharga, malah membawa kegemilangan kepada negara dan universiti,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here