Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
94 peratus inisiatif SMJ 1.0 tercapai
Published on: Wednesday, July 09, 2025
Published on: Wed, Jul 09, 2025
By: Ricardi Unto
Text Size:
Text:
94 peratus inisiatif SMJ 1.0 tercapai
Nizam berkata, peningkatan hasil negeri membolehkan kerajaan memperkasa bajet tahunan, dengan kutipan hasil keseluruhan negeri bagi tempoh 2021 hingga 2024 mencecah RM26.224 bilion.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mencatat kadar pencapaian purata sebanyak 94 peratus daripada 467 inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 sejak ia dilancarkan pada 2021.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata sehingga Mei tahun ini, sebanyak 366 daripada jumlah keseluruhan inisiatif tersebut disempurnakan sepenuhnya.

Advertisement
“Pertumbuhan ekonomi Sabah terus menunjukkan trend positif dari tahun ke tahun,” katanya ketika menjawab soalan Adun Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin pada Selasa.

Nizam memaklumkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah meningkat daripada RM77.8 bilion pada 2020 kepada RM84.3 bilion pada 2024.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jumlah perdagangan Sabah pula melepasi RM100 bilion selama tiga tahun berturut-turut, dengan kemuncaknya RM118 bilion pada 2022 – meningkat RM30.8 bilion berbanding RM87.2 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, seperti yang dipetik Nizam, nilai perdagangan Sabah kekal kukuh pada 2024 dengan jumlah keseluruhan RM107.8 bilion.

Advertisement
Nizam berkata, peningkatan hasil negeri membolehkan kerajaan memperkasa bajet tahunan, dengan kutipan hasil keseluruhan negeri bagi tempoh 2021 hingga 2024 mencecah RM26.224 bilion.

Butiran kutipan hasil negeri mengikut tahun adalah seperti berikut: RM3.591 bilion (2020), RM5.449 bilion (2021), RM6.960 bilion (2022), RM6.973 bilion (2023) dan RM6.842 bilion (2024).

Advertisement
Beliau mengaitkan prestasi hasil negeri yang memberangsangkan itu dengan Perjanjian Kerjasama Komersial antara Kerajaan Negeri dan Petronas yang berpaksikan prinsip “Greater Say, Greater Participation, Greater Revenue”.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here