Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kemudahan untuk warga emas, OKU diperluas
Published on: Wednesday, July 09, 2025
Published on: Wed, Jul 09, 2025
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Kemudahan untuk warga emas, OKU diperluas
James berkata, sebuah Rumah Warga Emas berkonsep kendiri sedang dibina di Telupid bagi menempatkan warga emas tanpa waris secara percuma, dengan rancangan untuk memperluaskan konsep ini ke bandar lain seperti Sandakan dan Kota Kinabalu pada masa akan datang.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sedang memperluaskan infrastruktur penjagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dengan beberapa kemudahan baharu dirancang di sini, Sandakan dan Telupid.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Perkhidmatan Am (JPKA) Sabah telah merangka beberapa projek utama bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan harian di pusat-pusat bandar utama, termasuk Sandakan dan ibu negeri.

Advertisement
“Di Sandakan, projek yang dirancang termasuk pembinaan Kompleks Latihan OKU baharu, bangunan baharu bagi Pusat Pendidikan Kanak-Kanak OKU dan kerja-kerja pembaikan menyeluruh Rumah Warga Tua Sri Harapan,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong, dalam sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Isnin.

Beliau berkata, di Kota Kinabalu, sebuah Kompleks Bersepadu OKU dan Warga Emas akan dibina di Inanam, yang akan menawarkan perkhidmatan penjagaan harian berbayar untuk sehingga 50 penghuni, latihan vokasional serta peluang pekerjaan untuk OKU, selain sokongan psikososial kepada warga emas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
James berkata, sebuah Rumah Warga Emas berkonsep kendiri sedang dibina di Telupid bagi menempatkan warga emas tanpa waris secara percuma, dengan rancangan untuk memperluaskan konsep ini ke bandar lain seperti Sandakan dan Kota Kinabalu pada masa akan datang.

Menjawab soalan tambahan Chong, beliau berkata kerajaan juga bercadang menambah satu wad baharu di Rumah Sri Harapan Sandakan dengan kos RM2.5 juta, yang mampu menempatkan 20 warga emas lagi serta meningkatkan kemudahan penjagaan sedia ada bagi 56 penghuni sekarang.

Advertisement
Menjawab soalan tambahan Adun Telupid, Datuk Jonnybone Kurum, James berkata rumah warga emas di Telupid dijangka siap tahun depan dan mampu menempatkan 15 penghuni, dengan kos projek keseluruhan kira-kira RM5 juta.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here