Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bukti kecekapan Kerajaan Negeri dalam pengurusan kewangan: Hassan A Gani
Published on: Wednesday, July 09, 2025
Published on: Wed, Jul 09, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bukti kecekapan Kerajaan Negeri dalam pengurusan kewangan: Hassan A Gani
Hassan memberikan contoh keperluan mendesak di kawasan Dun Sebatik iaitu keperluan membaik-pulih atau membina baharu jeti di Kg Sungai Tongkang yang kini begitu usang.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sudah membuktikan kecekapan dalam pengurusan kewangan apabila mencatatkan lebihan bajet sebanyak RM624.6 juta pada tahun lepas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg Amir.

Justeru itu, beliau yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan bagi Tahun 2025 akan menjadi salah satu mekanisme penting dalam menyokong perlaksanaan dasar kerajaan negeri secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

Advertisement
Menurutnya, RUU yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Isnin, bukan sekadar dokumen kewangan tetapi satu instrumen penting untuk mempercepat kemajuan negeri dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Katanya, pelaksanaan bajet tahunan adalah satu proses yang dinamik dan banyak keadaan luar jangka turut berlaku seperti kenaikan kos bahan mentah, keperluan penyelenggaraan infrastruktur secara mendesak dan langkah pemulihan pasca bencana alam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“RUU ini membolehkan penyesuaian segera dilakukan agar projek dan perkhidmatan kerajaan dapat diteruskan tanpa gangguan,”katanya.

Hassan memberikan contoh keperluan mendesak di kawasan Dun Sebatik iaitu keperluan membaik-pulih atau membina baharu jeti di Kg Sungai Tongkang yang kini begitu usang.

Advertisement
“Usia jeti itu sudah lebih 30 tahun… Jadi saya minta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ataupun Kementerian Kewangan supaya memberikan pertimbangan dan menyediakan peruntukan melalui Perbekalan Tambahan yang bakal diluluskan ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan RUU itu sebagai manifestasi sebuah ‘Kerajaan yang dinamik dan responsif’ dalam memastikan agenda pembangunan tidak tergendala akibat keterbatasan dalam bajet asal.

Advertisement
Katanya, peruntukan tambahan tersebut akan digunakan secara berfokus untuk menambah baik infrastruktur luar bandar seperti jalan dan air bersih, menyediakan fasiliti pendidikan dan kesihatan di kawasan pedalaman.

Begitu juga, katanya, dalam melaksanakan dasar berkaitan perubahan iklim dan pengurusan hutan seperti yang digariskan dalam RUU Hutan dan Cukai Karbon, malah setiap perbelanjaan ini memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Sabah.

Sambil menyatakan sokongan padu terhadap RUU itu, beliau menyeru semua Adun agar turut menyokong penuh RUU berkenaan, sekaligus menunjukkan semua wakil rakyat komited mahu mendahulukan kepentingan rakyat.

Sokongan itu juga, katanya, menunjukkan wakil rakyat menyokong dasar kerajaan yang inklusif dan memastikan pentadbiran negeri kekal responsif dan progresif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here