Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penganggur didakwa rogol teman wanita, 14
Published on: Wednesday, July 09, 2025
Published on: Wed, Jul 09, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penganggur didakwa rogol teman wanita, 14
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki berusia 19 tahun didakwa merogol teman wanitanya yang di bawah umur.

Eryidley Jarry mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan terhadap pertuduhan dihadapinya pada Selasa.

Advertisement
Dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dua bulan itu pada jam 1 pagi, 25 Jun tahun ini di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Timbok Mengkabong, Tuaran.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes dan membebaskan Eryidley dengan ikat jamin sebanyak RM6,000 serta dua penjamin tempatan.

Eryidley juga diperintahkan melapor diri di Balai Polis Tuaran sebulan sekali, serta menyerahkan pasportnya, jika ada, kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Advertisement
Mahkamah turut mengingatkan Eryidley agar tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan, jika tidak jaminannya akan ditarik balik.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis tampil untuk pendakwaan manakala Eryidley tidak diwakili.

Advertisement
Sementara itu, empat pendatang tanpa izin dijatuhi hukuman penjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen yang sah.

Mereka ialah Omar Jamal, Vincensius Besalakan Hayon, Yosep Sereng dan Masitah Ridwan. 

Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain kerana memasuki negeri ini secara haram, masing-masing.

Kesemua tertuduh ditangkap pada 18 dan 24 Jun tahun ini di beberapa lokasi berbeza di Keningau dan Tuaran selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada anggota imigresen semasa operasi dijalankan di kawasan terbabit.

Mahkamah memerintahkan empat orang itu menjalani hukuman penjara mereka dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, mereka diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here