Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sektor swasta dan masyarakat sivil penting jayakan SMJ 2.0
Published on: Thursday, July 10, 2025
Published on: Thu, Jul 10, 2025
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Sektor swasta dan masyarakat sivil penting jayakan SMJ 2.0
Mengenai pendigitalan dan teknologi hijau, Nizam berkata Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan penggunaan kedua-dua aspek itu dalam fasa SMJ akan datang bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan memastikan pertumbuhan mampan.
Kota Kinabalu: Pembabitan sektor swasta dan masyarakat sivil terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Katanya, pelabur tempatan menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan, dengan sesi libat urus diadakan secara berkala, manakala masyarakat sivil turut menyumbang secara signifikan dalam pembangunan modal insan dan usaha pengurangan kemiskinan.

Advertisement
“Malah, sektor swasta kini menjadi rakan strategik dalam pelaburan, pemindahan teknologi dan penciptaan pekerjaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin pada persidangan DUN, Selasa.

Beliau turut memetik kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam sektor pertanian di Lingkungan, Beaufort – terutamanya pengeluaran dan eksport nenas bernilai tinggi – sebagai contoh sumbangan ekonomi yang turut disertai inisiatif sosial seperti pemerkasaan komuniti dan latihan pertanian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Usaha-usaha ini membuktikan bagaimana sektor swasta bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi, tetapi juga memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan, entiti swasta dan masyarakat dalam menjayakan pembangunan yang berimpak dan telus,” tambahnya.

Mengenai pendigitalan dan teknologi hijau, Nizam berkata Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan penggunaan kedua-dua aspek itu dalam fasa SMJ akan datang bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan memastikan pertumbuhan mampan.

Advertisement
“Teknologi digital akan diperkasa merentas semua sektor, termasuk pentadbiran negeri, bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan dan memudahkan urusan rakyat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa teknologi hijau seperti tenaga boleh diperbaharui, sistem pengurusan sisa yang cekap serta amalan pertanian lestari akan terus dipromosikan sejajar dengan Pelan Induk dan Pelan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (Sirem 2040).

Advertisement
Menyentuh pengalaman daripada SMJ 1.0, Nizam menegaskan bahawa kejayaan sesuatu dasar bergantung kepada penglibatan menyeluruh rakyat di semua peringkat perancangan dan pelaksanaan, termasuk kefahaman dan penerimaan awam.

Katanya, pendekatan akar umbi seperti sesi dialog terbuka, jelajah daerah dan libat urus awam telah mendekatkan kerajaan dengan rakyat serta menjadi medium penting untuk komuniti menyuarakan keperluan mereka secara langsung.

 “Pendekatan ini akan membantu memperkukuhkan perancangan masa depan di bawah SMJ 2.0,” katanya, menambah SMJ 1.0 telah meletakkan Sabah kembali ke landasan yang betul.

“Ini bukan sekadar pandangan saya, malah turut diiktiraf oleh kalangan profesional dan pihak berkredibiliti yang menyedari bahawa pentadbiran GRS-PH hari ini telah membawa Sabah ke tempat yang sepatutnya dan wajar menerima sokongan berterusan rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here