Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan peruntuk RM1 bilion buka 10 pintu sempadan di Kalimantan
Published on: Friday, July 11, 2025
Published on: Fri, Jul 11, 2025
By: Chia Wan Rou, FMT
Text Size:
Text:
Kerajaan peruntuk RM1 bilion buka 10 pintu sempadan di Kalimantan
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata keutamaan pada masa ini adalah laluan pintu masuk di Serudong di Tawau, Sabah yang masih ada beberapa isu untuk diselesaikan dengan pihak berkuasa Indonesia. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memperuntukan RM1 bilion untuk melengkapkan infrastruktur dan fasiliti sebagai persediaan membuka lebih 10 pintu masuk baharu sepanjang sempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Saifuddin berkata peruntukan itu susulan kata sepakat dicapai antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu Januari lalu.

Advertisement
“Setelah kita kenal pasti sempadan, (langkah) menyusulnya ialah agensi kawal selia. Misalnya kalau Kementerian Kerja Raya maka ia akan menyusuli rancangan untuk melengkapkan infrastruktur jalan masuk dan sebagainya.

“Kalau bab komunikasi, kementerian berkaitan akan melengkapkan fasiliti pencawang. Kalau tak macam mana Jabatan Imigresen beroperasi tanpa liputan,” katanya selepas menghadiri Intan Minister’s Conversation (IMC) 2025 di Auditorium Intan Bukit Kiara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, keutamaan pada masa ini adalah laluan pintu masuk di Serudong di Tawau, Sabah yang masih ada beberapa isu untuk diselesaikan dengan pihak berkuasa Indonesia.

“Dari segi memuktamadkan formaliti dan kita semua sedang menjurus ke arah itu,” katanya.

Advertisement
Tahun lalu, Saifuddin dilaporkan berkata kerajaan mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan kerajaan Indonesia.

Katanya, ia melihat kepada keperluannya pada masa akan datang selepas ibu kota republik itu berpindah dari Jakarta ke Kalimantan.

Advertisement
Pada 20 Jan lalu, Anwar mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi membangunkan kemudahan dan meningkatkan keselamatan di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.

Perdana menteri berkata, keputusan dibuat selepas pertemuan dengan presiden Indonesia semasa lawatan kerja ke negara itu.

“Kita telah putuskan untuk memberi peruntukan tambahan bagi penyediaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS), pos kawalan polis dan tentera serta prasarana asas seperti kemudahan jalan raya.

“Kita tidak mahu dilihat terlalu daif. Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja ini dalam tempoh segera,” katanya.

Sempadan darat Malaysia-Indonesia di pulau Borneo adalah sepanjang 1,881km.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here