Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasukan Polis Marin rampas 3,000 liter minyak sawit mentah
Published on: Friday, July 11, 2025
Published on: Fri, Jul 11, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pasukan Polis Marin rampas 3,000 liter minyak sawit mentah
MINYAK sawit yang dirampas itu.
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menggagalkan cubaan penyelewengan minyak sawit mentah dalam satu serbuan di kawasan Ulu Dusun, Batu 30, di sini pada petang Rabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, Operasi Bersepadu yang dijalankan bersama pihak Penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sekitar jam 3.30 petang itu, mengesan lokasi aktiviti haram berkenaan hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa.

Advertisement
“Dalam serbuan tersebut, pasukan merampas sebuah lori yang memuatkan beberapa tangki jenis palet IBC berisi kira-kira 3,000 liter minyak sawit mentah (MSM).

“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM130,700,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, kegiatan tersebut dipercayai dijalankan di kawasan terpencil bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.  Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana suspek dipercayai telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

Advertisement
“PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” tegas Nazri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here