Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Persatuan Bola Sepak Malaysia diminta bantu naik taraf padang
Published on: Friday, July 11, 2025
Published on: Fri, Jul 11, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Persatuan Bola Sepak Malaysia diminta bantu naik taraf padang
RINA (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kepimpinan FAM dan peserta seminar.
TAWAU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diharap dapat membantu Sabah menaik-taraf kualiti padang bola di negeri ini yang dilihat banyak ketinggalan – sesuai kemampuannya yang banyak melahirkan bintang sukan membanggakan negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, negeri ini hanya mengharapkan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan sedangkan banyak infrastruktur memerlukan perbelanjaan besar.

Advertisement
“Kita di Kementerian Kewangan sering berdepan konflik kerana banyak fasiliti bola sepak ini memerlukan kos penyelenggaraan yang sangat besar,”katanya.

Menurutnya, Sabah sudah melahirkan ramai bintang sukan dan pastinya fasiliti asas perlu disediakan sebaiknya dengan sokongan semua pihak demi peningkatan berterusan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rina bercakap kepada media selepas merasmikan Seminar dan Ujian Kecergasan Tahunan Pengadil Bola Sepak Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025/2026 di sini pada Rabu.

Menyentuh program itu yang disertai 36 bakal pengadil bertauliah dari seluruh Sabah, Rina menyatakan ini merupakan satu pencapaian sangat membanggakan apabila Tawau terpilih sebagai destinasi penganjuran seminar peringkat Zon Sabah oleh FAM sendiri.

Advertisement
Rina yakin kehadiran FAM akan merangsang semangat para pengadil muda untuk terus aktif dan mencungkil lebih ramai bakat berpotensi, khususnya di daerah ini.

Dalam masa yang sama, katanya, program berkenaan diperlukan untuk pemantapan integriti dan minda sukan, apatah lagi cabaran sebagai seorang pengadil yang perlu mengadili permainan sebaik mungkin sehingga berdepan pelbagai risiko, termasuk unsur rasuah.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Unit Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha berkata, Sabah menunjukkan peningkatan ketara jumlah pengadil apabila kini mencapai 36 peserta seminar berbanding 15 sahaja sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya memberikan fokus kepada integriti dan pemantauan berterusan kepada para pengadil menerusi seminar-seminar yang diadakan, selain berusaha melahirkan lebih ramai pengadil wanita dan muda dari Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here