Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Marsha raikan album baharu bersama peminat
Published on: Friday, July 11, 2025
Published on: Fri, Jul 11, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Marsha raikan album baharu bersama peminat
MARSHA bersyukur dan teruja dengan kelahiran album Misompuru.
RATU Borneo Malaysia Marsha Milan kembali dengan album terbaru, Misompuru iaitu sebuah karya yang lahir daripada rasa cinta mendalam terhadap tanah kelahirannya, Sabah.

Diambil daripada istilah bahasa Dusun, Misompuru yang membawa maksud “keramaian” dalam bahasa Melayu, muncul sebagai surat cinta Marsha buat Borneo.

Advertisement
Dalam kenyataan di sini, Marsha berkata peminat dipelawa untuk menghadiri sesi pradengar album Misompuru secara percuma di RXP, REX Kuala Lumpur pada Ahad (13 Julai) ini. 

Marsha berkata menerusi sesi terbabit dia berhasrat untuk menterjemahkan semangat tersebut dengan menghimpunkan peminat bagi menghayati dan menikmati keunikan muzik Borneo.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Misompuru memuatkan enam buah lagu.“Acara istimewa ini akan menjadi satu perayaan yang cukup intim dengan peminat dan sarat dengan keindahan bunyi, budaya serta seni Borneo,” katanya. 

Penyanyi lagu Hening Rindu itu berkata, album Misompuru menghimpunkan elemen nostalgia, kekuatan jiwa dan kerinduan terhadap kampung halaman yang menjadikan karya ini dekat di hati pendengar, khususnya warga Borneo yang sentiasa ingin kembali menikmatinya. 

Advertisement
Dengan irama dan gaya muzik yang mencerminkan cita rasa unik Sabah dan Sarawak yang berbeza daripada aliran muzik Semenanjung, Misompuru membawa suara segar kepada genre yang jarang diketengahkan dalam industri muzik arus perdana.

Lebih membanggakan, Misompuru turut membuka laluan buat Marsha menembusi pentas antarabangsa. 

Advertisement
Setelah memenangi trofi Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Marsha dijemput ke Round Asean-Korea Music Festival 2025 baru-baru ini, untuk membawa lagu-lagu daripada album ini sebagai wakil identiti Borneo. 

Ini membuktikan Misompuru bukan sekadar album, tetapi satu manifestasi seni warisan yang kini mendapat pengiktirafan di peringkat global, selayaknya buat Ratu Borneo Malaysia.

Memuatkan enam lagu termasuk Nalan Nalan (turut menampilkan Alena Murang), Lintah Darat (bersama Velvet Aduk), Pelangi Pasti, Santai Saja dan Hey Aramai Ti (bersama Datuk Francis Landong), Misompuru boleh didengar di semua platform penstriman digital utama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here