Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Imigresen: 10 warga Pakistan dijel, denda
Published on: Friday, July 11, 2025
Published on: Fri, Jul 11, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Imigresen: 10 warga Pakistan dijel, denda
Kesemua warga Pakistan itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.
Kota Kinabalu: Sepuluh warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Mereka ialah Imad Ilyas, Taimoor Khan @ Khan Taimoor, Gul Saqib, Iqbal Hussain, Shah Syed Baliqh, Shah Bakht Biland, Dad Yaseen Khaistay, Dad Shafiq Shad Bakht, Ilyas Ali dan Muhammad Shoaib Muhammad.

Advertisement
Kesemua warga Pakistan itu mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Imad, Taimoor, Gul, Iqbal, Shah Syed, Dad Yaseen, Dad Shafiq dan Ilyas masing-masing dikenakan denda RM10,000 atau penjara enam bulan hingga 12 bulan jika gagal membayar, kerana tinggal di negeri ini selepas dokumen mereka Pas Khas dan Pas Lawatan Sosial tamat tempoh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka telah tinggal lebih masa di negeri ini antara lima belas hari hingga dua tahun.

Dad Shafiq juga dikenakan denda lagi RM500 atau penjara tiga bulan kerana melanggar syarat Pas Lawatan Sosial yang hanya membenarkannya berada di Semenanjung Malaysia, tetapi dia datang dan menetap di Sabah.

Advertisement
Sementara itu, Shah Bakht dihukum penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram dan dipenjara lagi enam bulan penjara kerana melanggar syarat Pas Lawatan Sosial yang hanya membenarkannya berada di Semenanjung Malaysia.

Muhammad Shoaib didenda RM3,000 atau empat bulan penjara kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen sah.

Advertisement
Semua warga Pakistan terbabit membayar denda kecuali Imad yang kemudiannya menjalani hukuman penjara enam bulan kerana gagal membayar denda itu.

Mereka ditangkap di beberapa lokasi berbeza di Penampang, Tuaran, Ranau, Membakut dan Kota Kinabalu antara 4 hingga 23 Jun tahun ini dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.

Dalam mahkamah sama, seorang lelaki berusia 62 tahun dikenakan denda berjumlah RM20,000 kerana membenarkan empat pendatang asing tanpa izin tinggal di premis di bawah kawalannya.

Yong Yick Thong mengaku membenarkan empat warga Filipina yang tidak mempunyai dokumen sah tinggal di tapak pembinaan inap desa di Kundasang, Ranau pada jam 12.20 tengah hari, 19 Oktober 2023.

Mahkamah memerintahkan Yong membayar denda RM5,000 atau penjara empat bulan bagi setiap pendatang asing yang terlibat.

Pegawai Pendakwa Hairul Bona dan Norizan Awang Tanda mengendalikan pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here