Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Akta belum lagi relevan di Sabah: Majlis Belia Sabah
Published on: Saturday, July 12, 2025
Published on: Sat, Jul 12, 2025
Text Size:
Text:
Akta belum lagi relevan di Sabah: Majlis Belia Sabah
Abqaree berkata, mengekalkan had umur maksimum pada 30 tahun akan secara langsung mengecualikan segmen belia Sabah yang masih memerlukan sokongan dasar dan penyertaan aktif dalam program pembangunan.
Kota Kinabalu: Majlis Belia Sabah (MBS) membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan Akta Had Umur Belia, yang bakal berkuat kuasa pada pada 1 Januari 2026, mendakwa ia akan merencatkan pembangunan belia di negeri ini.

Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata had umur belia antara 15 hingga 30 tahun yang digunapakai ketika ini masih belum lagi relevan dengan realiti sosioekonomi belia di Sabah.

Advertisement
Menurutnya, jurang akses pendidikan, kelewatan memasuki pasaran kerja, serta faktor geografi dan infrastruktur luar bandar bermakna ramai anak muda Sabah hanya mula mencapai kematangan sosial dan ekonomi selepas usia 30 tahun.

“Isu kesediaan belia luar bandar, khususnya dalam aspek pendidikan dan kemahiran, masih menjadi cabaran utama. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ramai belia di kawasan pedalaman menghadapi kelewatan menyempurnakan pendidikan asas atau tertiari akibat faktor logistik, kekurangan fasiliti, dan peluang akses yang terhad. 

“Ini secara langsung melambatkan keupayaan mereka untuk menyertai pasaran kerja dan pembangunan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Advertisement
Beliau berkata, mengekalkan had umur maksimum pada 30 tahun akan secara langsung mengecualikan segmen belia Sabah yang masih memerlukan sokongan dasar dan penyertaan aktif dalam program pembangunan.

Sehubungan itu, beliau berkata MBS mencadangkan agar had umur belia disemak semula kepada julat 15 hingga 40 tahun, bagi memastikan dasar dan program belia lebih inklusif, adil serta berpaksikan realiti semasa.

Advertisement
Katanya, cadangan ini selaras dengan prinsip keterangkuman, pembangunan modal insan, dan pemerkasaan komuniti luar bandar seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“Perluasan definisi ini akan membolehkan lebih ramai anak muda Sabah mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan belia secara menyeluruh dan berkesan.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here