Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Transaksi haram: Lelaki Sarawak dipenjara 4 tahun
Published on: Saturday, July 12, 2025
Published on: Sat, Jul 12, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Transaksi haram: Lelaki Sarawak dipenjara 4 tahun
Kesalahan mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara tiga hingga sepuluh tahun, atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dari Sarawak berusia 40 tahun yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan skim akaun keldai, dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana terlibat dengan transaksi haram membabitkan sejumlah RM111,668 menggunakan akaun bank miliknya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Wilson Anak Penchen yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Wilson secara tidak sah terlibat secara langsung dalam transaksi membabitkan wang terbabit menggunakan akaun bank miliknya di sebuah institusi kewangan antara 25 Disember 2024 hingga 7 Januari tahun ini di Taska Mary Land, Penampang.

Kesalahan mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara tiga hingga sepuluh tahun, atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa menjatuhkan hukuman, mahkamah menyatakan bahawa ia mengambil kira tahap keseriusan kes ini dan walaupun Wilson tidak mempunyai rekod jenayah lampau, tindakannya telah menyebabkan kerugian kepada pengadu dalam kes itu.

Mahkamah turut menambah bahawa hukuman ini adalah sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam skim akaun keldai.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Wilson menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitan dan dipenjarakan di Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak seperti yang diminta oleh Wilson.

Ketika merayu hukuman ringan semasa mitigasi, Wilson yang tidak diwakili memohon agar hukuman dijalankan serentak dengan hukuman yang sedang dijalaninya.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada Wilson tetapi juga kepada individu lain yang berpotensi melakukan kesalahan sama, sambil menegaskan bahawa tidak harus ada tolak ansur terhadap sesiapa yang terlibat dalam jenayah komersial.

Bryan memaklumkan mahkamah bahawa Wilson sebelum ini telah didenda RM11,000 atau penjara 15 bulan bagi kesalahan berkaitan skim akaun keldai, namun dia gagal membayar denda dan menjalani hukuman penjara 15 bulan.

Mengenai wang yang terlibat, Bryan memberitahu mahkamah bahawa wang terbabit masih dibekukan kerana ia berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

Mahkamah turut diberitahu bahawa pada 26 Januari 2024, pengadu menyertai satu skim pelaburan yang ditawarkan melalui iklan di Facebook dengan menekan pautan yang membawa kepada aplikasi WhatsApp untuk berkomunikasi dengan seorang ejen. 

Pengadu menyertai syarikat terbabit dan membuat sebanyak 53 transaksi untuk menambah modal perniagaan mencecah sejumlah RM2,173,814.50.

Salah satu daripada transaksi pembayaran itu telah dimasukkan ke dalam akaun milik Wilson berjumlah RM111,668.

Pengadu yang merasakan dirinya ditipu kerana tidak menerima sebarang keuntungan dan ejen terus mendesaknya untuk membuat bayaran, kemudiannya membuat laporan polis.

Siasatan mendapati Wilson merupakan salah seorang pemilik akaun yang menerima bayaran daripada pengadu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here