Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tindakan pantas berjaya elak kebakaran besar di Lahad Datu
Published on: Saturday, July 12, 2025
Published on: Sat, Jul 12, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tindakan pantas berjaya elak kebakaran besar di Lahad Datu
ANGGOTA bomba memeriksa tempat kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain.
LAHAD DATU: Tindakan pantas oleh pemilik dan jiran-jiran berjaya menghalang dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) daripada musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di rumah mereka di Palm Height, di sini, pada Khamis malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.39 malam.

Advertisement
Sepasukan 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera. Apabila tiba di lokasi, pasukan itu melaporkan kebakaran berlaku di bahagian garaj sebuah rumah dan dua kenderaan terjejas akibat kebakaran terbabit.

Pasukan itu melaporkan sebuah Toyota Rogue dan Toyota Fortuner mengalami kerosakan sebanyak 20 peratus manakala siling garaj mengalami kerosakan lima peratus.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan melaporkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini. Kebakaran dipadamkan oleh pemilik rumah dan orang awam.

“Pasukan kemudian menjalankan operasi overhaul dan menamatkan operasi pada jam 11.19 malam selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian,” tambah jabatan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here