Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Projek MyGenom mula perekrutan di Sabah
Published on: Sunday, July 13, 2025
Published on: Sun, Jul 13, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Projek MyGenom mula perekrutan di Sabah
LUKANISMAN (tiga dari kanan) dan Mohammad Yusof (empat dari kanan) ketika menghadiri pelancaran Pengumpulan Data Penyelidikan MyGenom Zon Sabah.
Kota Kinabalu: Perekrutan bagi Projek MyGenom bermula di Sabah pada Jumaat dengan pelancaran Pengumpulan Data Penyelidikan MyGenom Zon Sabah oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan bersama memaklumkan pelaksanaan projek yang bermula di Kota Kinabalu itu digerakkan melalui kerjasama fasiliti KKM serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Advertisement
“Kerjasama ini dapat memperkukuh penglibatan akar umbi serta melancarkan operasi rekrutmen di kawasan bandar dan pedalaman Sabah dengan keunikan kepelbagaian genetik dan etnik menjadikan negeri ini sebagai tumpuan utama dalam projek MyGenom,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu kedua-dua kementerian menyeru penyertaan aktif rakyat Sabah khususnya komuniti Bumiputera yang sebelum ini kurang diwakili dalam kajian genomik agar mereka turut menerima manfaat daripada pembangunan perubatan jitu dan dasar kesihatan masa depan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Projek MyGenom merupakan inisiatif strategik untuk membina aset genom negara bagi memperkasa sistem kesihatan berasaskan data dan teknologi selaras dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan dan kerangka Malaysia Madani,” menurut kenyataan itu.

Projek ini dilaksanakan di bawah Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) menerusi Program Perdana 4 yang menumpukan kepada penggunaan teknologi omik dan terapi bersasar dalam penjagaan kesihatan awam.

Advertisement
Menurut kenyataan itu KKM bertanggungjawab terhadap aspek persampelan dan analisis genomik berkaitan kesihatan awam manakala Mosti melalui Malaysian Genome and Vaccine Institute (MGVI) di bawah National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) mengetuai penjujukan genom menggunakan kemudahan berteknologi tinggi.

Projek tersebut kini berada di Fasa 1 dengan sebanyak 3,150 peserta dari Semenanjung dan Sarawak telah direkrut sejak Ogos 2024 daripada sasaran keseluruhan 3,600 peserta.

Advertisement
Institut Kesihatan Negara (Nih) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengetuai pelaksanaan projek ini dengan memberi tumpuan kepada komuniti yang kurang diwakili termasuk Bumiputera Sabah, Sarawak dan Orang Asli.

Setakat 19 Jun 2025 sebanyak 1,080 genom telah berjaya dijujuk dalam negara dengan kerjasama teknikal KKM dan sokongan pelaburan Mosti dalam sistem penjujukan berprestasi tinggi yang membolehkan pemprosesan ratusan sampel secara efisien selain memastikan kedaulatan data genetik kekal di Malaysia.

Fasa 2 projek itu akan diperluas dengan sasaran 10,000 genom rakyat Malaysia yang mewakili pelbagai etnik, lokaliti dan latar belakang bagi mengelakkan bias dalam pemahaman penyakit serta tindak balas terhadap rawatan.

“Data genomik ini akan digunakan secara berfasa dalam pengurusan penyakit kronik seperti jantung, kanser, diabetes serta penyakit jarang jumpa,” menurut kenyataan itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here