Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan perlu selamatkan Sabah International Petroleum: Chia
Published on: Monday, July 14, 2025
Published on: Mon, Jul 14, 2025
Text Size:
Text:
Kerajaan perlu selamatkan Sabah International Petroleum: Chia
Dr Roland (kiri), mengingatkan Abdul Kadir (kanan) bahawa pentadbiran GRS perlu campur tangan bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh Sabah International Petroleum dan melindungi kestabilan fiskal negeri.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mempertahankan langkah penstrukturan semula sektor minyak dan gas (O&G) negeri, sambil menolak kritikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC), Abdul Kadir Abdullah Damsal, sebagai memutarbelitkan fakta.

Dalam kenyataan pada Ahad, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia, mengingatkan Abdul Kadir bahawa pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu campur tangan bagi menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh Sabah International Petroleum (SIP) dan melindungi kestabilan fiskal negeri.

Advertisement
“Perlu dijelaskan: Sabah International Petroleum (SIP) berada dalam keadaan kewangan yang terdesak sebelum penstrukturan semula oleh kerajaan semasa.

“Campur tangan pentadbiran GRS bukan bersifat kosmetik – ia adalah langkah yang perlu untuk melindungi kestabilan fiskal Sabah dan mendapatkan semula kawalan ke atas aset tenaga strategik,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, SMJ Energy (SMJE) diwujudkan bagi melaksanakan apa yang gagal dilakukan oleh struktur sebelum ini – menyatukan kepentingan tenaga negeri, menyertai secara langsung sektor huluan, dan memberi nilai sebenar kepada rakyat Sabah.

“Di bawah kerajaan sekarang, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) telah menarik keyakinan pelabur, dengan pelaburan RM31 bilion oleh Esteel Enterprise Sdn Bhd menjadi contoh utama.

Advertisement
“Fakta pasca termeterainya CCA (Perjanjian Kerjasama Komersial) jelas menunjukkan hasilnya. SMJE kini memiliki ekuiti dalam blok-blok minyak dan gas utama. Sabah Energy Corporation (SEC) telah memperoleh hak pengedaran gas darat – satu kejayaan bersejarah.

“Dalam tahun 2024 sahaja, kontrak bernilai RM2 bilion telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat berpengkalan di Sabah dan kebanyakannya kini berkembang ke luar sempadan negeri. Ini bukan angka kosong. Ia mewakili pekerjaan sebenar dan hasil ekonomi tempatan yang nyata,” katanya.

Advertisement
“Benar, rakyat Sabah sudah lama menyumbang kepada industri minyak dan gas. Tetapi apa yang berbeza sekarang ialah pemerkasaan institusi.

“SMJE dan SEC bukan lagi sekadar pemerhati – mereka kini pemain utama dan rakyat Sabah kini memegang peranan kepimpinan penting hasil penglibatan aktif kerajaan negeri, bukan kerana nasib,” katanya.

Dr Roland berkata kenyataan Datuk Seri Masidi Manjun dalam Dewan Undangan Negeri dibuat sebagai jawapan terus kepada soalan oleh Datuk Seri Shafie Apdal mengenai mengapa Sabah (khususnya SMJE) tidak menyertai bidaan bagi satu blok penerokaan minyak dan gas di Pantai Timur.

“Memutarbelit konteks itu menjadi serangan peribadi bukan sahaja mengelirukan malah merupakan cubaan disengajakan untuk mempolitikkan penjelasan yang bersifat fakta,” kata Dr Roland. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here